Sunday 15 May 2016

Diploma Sains Kesetiausahaan Praktikal Sem 4



Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hai hai hai awak yang tengah stalk blog saya tu. Eheks.

K rempitnya.

Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita pasal praktikal aku. Memandangkan aku baru minum secawan kopi kaw hasil buatan tangan sendiri, aku pasti tak boleh tidur malam ni. Maka, daripada membuang masa, baik aku bercerita dengan korang kan. 




So, basically korang akan tau pasal hal-hal praktikal ni satu semester sebelum semester praktikal korang. Sem sebelum tu korang mesti akan busy dengan nak apply tempat praktikal, confirmkan tempat praktikal and etc. Banyak benda remeh tapi yang remeh tu semua penting.

And sem sebelum korang praktikal tu, akan ada internal praktikal selama satu minggu di mana-mana jabatan politeknik korang. Ia akan diuruskan oleh Jabatan Latihan Industri korang. Tapi aku taktaulah semua politeknik ada ke tidak macamtu tapi Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam ada ya adik-adik junior ku yang manis sekalian.

Tapi jangan risau. Waktu internal praktikal ni lah yang best sebab tak ada assignment and kelas selama korang berpraktikal! Heaven!




Cuma penatlah sebab 8-5 selama seminggu. Hiks.
And time internal praktikal ni korang gunakan lah dengan sebaik-baiknya untuk belajar macamana nak guna mesin pejabat so nanti time praktikal betul betul tak adalah terserlah kelembapan korang dalam menggunakan mesin pejabat kehkeh. Slow boleh tapi jangan slow sangat. Boleh pengaruh juga markah praktikal korang tau. So, nak markah best kita hendaklah berlakon. Ya ya, berlakon tau. Tapi jangan berlakon terlebih pandai nanti masa praktikal orang nyampah. Haha. Tapi janganlah slow sangat, nanti orang pun malas nak layan dan ajar. Ala senang cerita, pandai-pandailah. Dah besar kan (Tetibe garang)




Okay. Ini antara tips lah aku nak bagi untuk praktikal korang ni.


1- Cari tempat praktikal yang banyak buat event

Masa praktikal aku banyak uruskan benda-benda yang tak berapa major. Macam hantar surat, pi jumpa orang ambik dokumen, ambik cek so bila dapat pergi event kan macam jakun gila hahahahahahaha sebab aku praktikal kat syarikat lebuhraya so memang banyaklah event diorang buat. Diskaun sana lah sini lah, ketua polis datang ah. Macam-macam lah. Kecik besar semua ada.






Korang tolong ah cari tempat praktikal yang banyak buat event sebab time ni lah kau boleh bandingkan event-event time kau kat poli and time kau praktikal. Ni pesanan khas untuk budak-budak yang major in administration lah. Macam bebudak engineering takkan event pulak penting. Tetibe engineering. Eh.


2- Cari tempat praktikal yang korang ada kenalan di situ

Aku ada satu lagi tips yang penting tapi kalau korang taknak terima, lantak korang. Haha. 

Korang kalau boleh carilah tempat praktikal yang korang ada kenal seseorang manusia kat situ. Pi lantak lah orang nak cakap kau bergantung bawah ketiak mak ayah ke tapi serius, benda tu pun mempengaruhi jugak.




Aku taktaulah orang lain punya tempat praktikal sebab malas nak tanya tapi disebabkan aku ada kenal dengan orang dekat tempat praktikal aku tu, aku bolehlah pergi event-event yang diorang ada buat. Yelah, selalunya budak praktikal ni diorang pandang sebelah mata pun tak tau...so peratus korang nak pergi event-event tu rendah sikit ah kalau tak ada kabel besar sikit. Cedih kenn.

Lagi-lagi kalau korang budak admin, lagilah kena cari kabel kuat sikit sebab benda paling penting nak grab time praktikal ni ialah attend event event tu lah. Kalau budak engineering, diorang selalu memang dapatlah pergi site semua. Budak admin ni kalau tak pergi event bagai semua tu, memang terperuk jelah kat ofis. 

Tapi kenapa aku asyik sentuh pasal budak engineering je ni ya tuhan.

Tapi aku taktaulah kalau antara korang yang dah praktikal tapi tak ada kenalan, tapi Allah murahkan rezeki dapat pergi event-event tu semua. Bersyukur lah. Bukan semua orang dapat peluang macamtu.


3- Amalkan sikap yang baik. Like, sentiasa.

Sepanjang aku praktikal, apa yang aku amalkan ialah, kalau tak pandai, ringankan mulut tu bertanya. Tapi cubalah dulu kalau rasa rasa diri tu boleh cuba. Macam tekan tekan lah mesin fotostat tu dulu, pastu dah blur sangat, baru tanya orang. Pastu, tau bezakan macam mana nak bercakap dengan bos, orang yang lebih tua, kawan sama-sama praktikal and orang yang lebih muda. Nak cakap dengan cleaner pun kena sopan-sopan. Kalau nak mintak tolong, mintak tolong elok-elok. 

Dan yang paaaaaaling penting, murahkan senyuman anda.




Ya, walaupun senyum simpul macamni hehehehehe handsomenya my rob!
Aku ni jenis malas jugak nak senyum tapi murah murah kanlah. Time ni lah pun korang boleh nak senyum banyak kali tanpa orang kata kau gila. Lolz. 

Kalau kena marah pun, senyap je buat muka bodoh alang tu. Jangan buat muka annoying. Dah tau diri tu salah, ketuk sikit kepala bagi sedar haha. Takpe, kejap je pun korang praktikal. Sabar banyak-banyak. 




4- Hari hari kena update report harian supaya hidup korang tak sengsara in future

And yesssss, aku tau nanti mesti korang berangan boleh cari jodoh time praktikal hahahaha boleh boleh tapi jangan abaikan report harian ok anak anak. Penting tu sebab nanti korang nak buat Final Report memang kena guna sangat report harian.

Aku pernah tertinggal report harian aku seminggu pastu bila nak start balik, aku terus rasa nak pitam sebab aku ni kadang baju semalam pun aku lupa pakai yang mana, lagikan nak ingat apa aktiviti yang aku buat time 7 hari lepas. K. Ada kena mengena tak? 




Tapi, serius lah. Ambik lah 30 minit last day tiap-tiap hari untuk korang settlekan report harian korang tu. Tak banyak pun. 30 minit je. 

Pastu bincang awal-awal dengan penyelia korang dia nak check korang punya aktiviti harian tu bila. Seminggu sekali ke, dua minggu sekali ke. Pandai-pandai lah adjust tarikh kat tempat tandatangan tu. Macam penyelia aku dia busy. Tak bolehlah nak seminggu sekali. Tapi dia power lah. 2 bulan sekali. Ekekeke. Takpe, janji sign sebelum lect datang pantau.

Aku pagi tu lect nak datang pantau, pagi tu jugak penyelia aku baru nak sign untuk 2 bulan punya. Berpeluh sejuk jugaklah badan aku walaupun dalam aircond. Elok je dia siap sign, lect pemantau naik jabatan. Phew.


5- Memang aku syorkan cari tempat praktikal yang dekat dengan rumah. Dan ada elaun.

Kalau tanya aku, aku memang prefer korang carilah tempat yang ada elaun. Sebab kita kerja betul kan. At least, elaun tu boleh lah jadi pendorong untuk korang terus bersemangat untuk berpraktikal. Gituuu.




Lagipun, duit kehidupan korang time praktikal pun mostly guna duit sendiri. Tapi, kalau mak bapak hulur tu, janganlah malu ambik jugak ekeke :P

Cari lah yang dekat dengan rumah so that korang senang nak merempit kalau terlambat. Tempat kerja aku dengan rumah 1 jam so korang boleh bayang tak kalau lagi 10 minit waktu nak punch card, tapi korang terkandas dekat jammed yang tak gerak gerak. 


6- Masa praktikal jadi lone ranger 

Ah yes, aku syorkan korang praktikal sorang sorang. Means, tak ada kawan yang korang kenal time korang belajar.




Amboi sangat statement kau Sherrilyn.
Jangan tanya aku kenapa aku syorkan jadi lone ranger, sebab aku rasa lagi bagus korang tak ada kawan sama tempat belajar sebab korang akan bergantung sesama sendiri so that lagi lambat korang nak open kepada colleagues korang kat situ. Itu pendapat aku lah. 

Ya, dalam blog ni semua pendapat aku. Jangan bash please. Haha.

And kalau boleh, korang praktikal sorang-sorang je kat department tu. Department lain, pi lantak. Tapi kalau nak usha jodoh, dipersilakan. 




Bila korang sorang je praktikal kat department tu, kelembapan tu tak adalah dibanding-bandingkan hahaha nampak tak jenis malas nak saing?! Inilah Melayu! K tetibe racist. 

Tak tak, bila korang sorang praktikal kat situ, senang sikit korang nak belajar. Serius. Pastu senang sikit orang nak selitkan kau masuk event sebab kau sorang kan. Kalau berdua, hmm taktaulah nak cakap sebab aku tak mengalaminya tapi bila fikir pun…aku taktau macamana. Tapi kalau rasa taknak ikut cakap aku, bolehlah buat permohonan praktikal secara pukal.

Okay dah takat tu je kut bebelan aku. 


Sebenarnya praktikal ni best je. Cuma penatlah sikit. Kalau Psis tak silap aku maksimum cuti termasuk Mc korang boleh ambik is 20 days. Banyak kan. Hahaha. Tapi takyah lah habiskan. Kalau rasa perlu nak cuti, cuti jelah. Tak ada siapa nak marah. Cumanya kalau korang ada dapat elaun, kena tolak lah sikit duit elaun tu.


Apa-apa pun at the end of the day...




Okay so kalau nak tanya apa-apa boleh mention kat Twitter @saaarrrrraaahh atau comment je kat ruang comment bawah tu okay. Kalau malu, boleh dm kat Twitter okay no hal. 

Byebye assalammualaikum. May Allah bless! Ameen <3

6 comments:

  1. Report harian tu mcm Kita tulis diary ke? Blh bagi cth report harian n final report?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak adalah macam diary sangat. Saya suka tulis yang point point. Contoh:-

      1. Mengambil surat di Jabatan Perakaunan dan membuat salinan untuk diberikan kepada Ketua Jabatan.

      Delete
    2. Final Report awak boleh cari di Google je sebab saya tak ada contoh. Maaf ya hehe :)

      Delete
  2. hi sis sarah , saya just nak tanya la pasal course ni , its okay for me to take it as first choice dlm UPU ? bila saya baca all yg sis sarah tulis dari sem 1 -4 saya rasa macam emm susah sikit la subjek ni , tapi syarat kelayakan dia mudah je . lepastu saya nak tanya yg pasal public speaking tu , kita kena speaking dgn rakan sekelas or bukan rakan sekelas .

    hope sis sarah boleh tolong saya :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak. Kalau awak berminat, boleh je awak letak as first choice. Tak susah pun awak sebenarnya, awak dapat catch up and fokus untuk sem 1, awak akan mudah untuk sem yang seterusnya.

      Yang public speaking tu kat rakan sekelas je :)

      Delete
  3. Sis yang public speaking tu memang kena wajib ambik ke??

    ReplyDelete