Sunday 15 May 2016

Diploma Sains Kesetiausahaan Sem 3




Assalammualaikum w.b.t.                            

Hai semua. 

Uih lamanya dah tak menulis dalam ni. Kalau tulispun, tulis pasal course DSK je. Dah macam blog pendidikan pulak eh. Haha. K. 

Sebenarnya niat aku tulis ni memang nak cerita pasal course DSK :P

So, jom start ah jangan buang masa. Secretary mana boleh lambat lambat. Cewah.





DSK sem 3 ni pada pendapat aku agak tough sikit sebab gila babeng banyak teori. So, if kau jenis seorang yang susah nak hafal, nak baca buku pun liat, esok kuiz malam ni baru nak baca (macam aku) tapi kau nak pointer kau mencanak-canak naik kelangit, kau hendaklah focus pada subject yang bukan teori seperti Public Speaking dan Kokurikulum 3. Itu pada pendapat aku lah.

But sem 3 ni aku pemalas sikit. Don’t know why. Pocket notes memang hambar tak jalan woi haha. Sedih.
  
Sem 3 ni ada 6 subjek


1- Records management (ada paper final)

2- Office Administration 2 (ada paper final)

3- Trengkas 2

4- Kokurikulum 3

5- Communicative English 2

6- Public Speaking


Haa sikit kan paper final :))))

Sikit pun, kecundang jugak ahaha susah beb beb sekalian. Dahlah aku ni jenis pemalas, nak baca buku tu, mashaAllah, kena beristighfar 5 minit sekali setiap kali baca. Lol.




Ditambah pulak dengan aku ambik Muet masa sem 3 ni aduhai ropong ropong kelas yang berbayar RM80! Haha tolong jangan contohi aku.


Okay so let’s start with our sem 3 subjects!


1- Records Management

Subjek ni sebenarnya nak ajar macam mana nak simpan fail, jenis-jenis fail tapi…boring. Sangat. Hahahaha






Tapi kena lah score jugak boring boring pun kan. Seingat aku, aku tak ada pun buat pocket notes untuk subjek ni melainkan masa ada kuiz. But alhamdulillah. Dapat lah B. 

So korang kalau berusaha lebih sikit tu mesti boleh dapat A+ punyalah.


2- Office Administration 2

Ni belajar pasal macamana nak attend meeting, buat meeting, guna mesin pejabat…pastu apa lagi eh. Nampak tak menjadi pelajar yang tak focus. Tapi subjek ni aku pun macam main main. Aku rasa semua subject aku main main :(

Teruk kan. Sebab subjek ni lecturer yang ajar ialah lecturer Trengkas aku dan dia pun dengan bangganya cakap dia tak pernah ajar Office Admin punya subject ni so aku pun macam down tak semangat dah nak belajar sebab lect baca je nota dari dalam buku.


3- Trengkas 2


Okay. Trengkas 2 ni quite interesting jugak tau. Sebab at first aku macam menyampah gila sebab setiap kelas memang kena ambil dictation je. Nothing else (Kepada sesiapa yang taktau, dictation ni bermaksud kita kena dengar audio orang bercakap in like 3-4 minutes sambil kita catat apa yang dia cakap tu in Trengkas) Test pun dictation jugak.





So memang pada mulanya kau akan gelabah ayam lah sebab baru masuk kelas seminggu tiba tiba dah kena buat dictation laju laju. 

Tapi lama lama, aku rasa fun lah jugak (Sikit je fun. Stress tetap ada) sebab at the end of the sem, kau rasa macam kau power gila sampai rasa kalau nak menulis surat cinta pun nak pakai Trengkas jugak. Ahakss. K tak tu tipu.

Tapi, bersedialah untuk tangan dan minda kau tu duk terfikir every words yang kau dengar, yang kau baca semua, akan muncul dalam Trengkas. That situation happen to me (Taktaulah orang lain sebab tak pernah pulak tanya) bila tengok movie je mulalah tangan mengguris Trengkas kat peha.


4- Kokurikulum 3
  
Untuk koku pulak, aku ambik......jeng jeng jeng...ya, Nasyid. Hahahaha.........k. Nasyid gaiss. K.





Aku ambik Nasyid ni sebab........aku rasa koku ni je yang macam aku boleh terima. Yang lain, ada tarian (aku tak pandai menari) pastu ada dikir barat (k ni jangan tanyalah kenapa) pastu ada apa lagi eh...oh yess my friend ada yang ambik Persatuan Rakan Sebaya (Betul ke nama dia macamni?) Haa tapi lebih kurang gitulah. So, aku ni pun tak berapa nak bersivik, better tak masuk dari merosakkan orang kahkah (K tak ada kena mengena) okayyy and so many other koku yang lain but I pilih Nasyid.

Okay. At first aku ingat aku pilih Nasyid ni kena menyanyi lagu Nasyid and all tudung labuh thingy and aku ingatkan yang mengajar kitorang pun ustaz ustazah (typical student thinking) tapi rupanya yang mengajar ialah seorang lecturer lelaki yang sangat sukakan cerita Tamil. Kehkeh. Tak habis dia memuji cerita Tamil best. K takpe faham sebab aku pun peminat Hindustan.






Haaaaaaa okay Nasyid ni fun sebab lect sangat membantu and tak harapkan semua aktiviti student sahaja yang akan jalankan. Best sebab lect sangat sporting (seriously though, lecturer is important in any subject) Banyak jugak aktiviti yang kitorang jalankan (padahal satu je) iaitu Battle of Nasyid. 

Alhamdulillah berjaya mendapat sambutan dan mendapat sokongan daripada Pengarah sehinggakan Penolong Pengarah pun ada mengajar di kelas Nasyid kami beberapa kali (Masatu, baru terasa kehilangan lect peminat tamil) 



5- Communicative English 2

Subjek ni sebenarnya nak mengajar bahasa Inggeris je. But best sebab dia variasikan kepada lakonan and ada plan projek yang kitorang kena buat. Plan je bukannya kena buat betul betul. Aku punya plan masatu aku buat ‘Book Lamp’ .Konon kreatif, padahal membazir buku je lolzz.




  
Buku buku lama yang tak digunakan lagi tu dilubangkan dan masukkan lampu and stack the books pastu nampak ah macam wow lawa, style gila (Padahal tak) ngahahaha nampak tak betapa tak kreatifnya seorang Sarah T_T


6- Public Speaking 

Last subject is paling susah. Sebab lect yang ajar ni Ketua Program Dsk, kadang kalau naik hantu dia, takut jugak saya huhu. But he’s okay and sangat bertimbang rasa.

Okay back to subject, PS ni sangatlah menguji kepandaian kau in bercakap depan orang with no script (tapi aku guna script jugak sebab...hm...I’m not good nak bercakap benda facts tanpa script ni so markah I tak berapa nak kebabomm sangatlah haha)






Ada dua speech kau kena buat and aku pilih tajuk berikut untuk setiap speech:-


1- Informative Speech – The difference between 90’s wedding and 20’s wedding


2- Persuasive Speech – Why Kain Batik being forgotten?


Okay jujurnya aku dah tak ingat dah tajuk Informative Speech aku but lebih kurang gitulah. Cerita pasal beza wedding dulu dulu and nowadays. Malangnya, I dapat comment mengatakan speech I tu tersalah tajuk. Kahkah. Nasib baiklah dapat markah jugekss :’)

Yang Persuasive Speech tu aku siap bagi Kain Batik percuma kat orang yang bertanya soalan (Sebab siapa yang bertanya soalan, aku akan dapat markah if aku jawab dengan betul) (Padahal dah plan) Kehkeh. So yeah, aku bagi lect jugak satu kain batik. Walaupun dia lelaki. Takpe, boleh bagi wife dia.

Okay maka berakhirlah sudah cerita pasal DSK Sem 3 ni. Mesti korang penat kan baca? Sebab aku sendiri baca pun aku penat. Haha.


Btw, aku nak mintak maaf lah. Dah lama betul tak update. Aku baru habis praktikal sebenarnya. Hehe. And good news is aku akan update pasal praktikal aku and give tips-tips yang aku rasa membantu untuk korang guna soon! Hehe insyaAllah.

Okay so assalammualaikum. May Allah bless ! Ameen <3

17 comments:

  1. Nak tanya yang kokurikulum tu..kita pilih sendiri ke?

    ReplyDelete
  2. Nak tanya yang kokurikulum tu..kita pilih sendiri ke?

    ReplyDelete
  3. Sy pn ada apply DSK utk intake December 2016...tapi sy ada apply uitm jgk...antara uitm n poli mana lagi bagus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya, saya tengok course mana yang saya lebih berminat dan akan bawak saya lebih jauh dan lebih bagus :)

      Kalau awak nak bandingkan, saya rasa sama je sebab poli pun sekarang dah naik taraf as university :D

      Delete
  4. Yang trengkas 2 tu kan same as note taking ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Note taking tu awak kena ambik nota menggunakan Trengkas, kira nanti lecturer baca karangan, awak kena salin balik but guna gurisan Trengkas/Shorthand :)

      Delete
  5. saya baru nak masuk sem2 tapi dia punya nervous tu fuhh hahahaha, risau betul takut takleh nak bawak. tapi alhamdulillah sem 1 dapat result ok walaupun tak dekan. takut betul bila baca yang kak tulis trengkas nanti ada dictation.

    ReplyDelete
  6. Haha. Takpe, seronok je sebenarnya buat dictation tu. Practice makes perfect. Best kalau dah mahir, rasa ketagih tau nak buat haha. Goodluck okay!

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Hi, saya dah buat awak hehe. Sem 4 kami Latihan Industri :)

      Delete
  8. Mind me asking, So klau kita ambil course ni utk diploma, kita bole sambung degree utk course apa ?

    ReplyDelete
  9. Awak boleh Sambung deeg bahagian human resoure atau pengurusan Sumner manuasia ....

    ReplyDelete
  10. thanks kakak sarah u made my day hahah sambil baca sambil take a note!... at the same time tergelak jugak eheks ><

    ReplyDelete