Saturday 26 May 2018

2018

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hi semua!

Sorry sebab lama sangat tak update blog, almost 2 years! Phew.

Dah lama sangat tak check blog, rupanya ramai yang tertarik dengan post pasal course DSK tu ya. Sampaikan ada comment pun tak sempat nak balas (Terima kasih kepada awak awak yang tolong balaskan tu!)

Disebabkan minggu ni rasanya result UPU dah keluar (Kan? Haha) Jadi aku nak ucapkan selamat sambung belajar kepada yang dapat tawaran belajar tu. Kepada yang tak dapat, awak jangan sedih, awak cuba usaha dulu buat rayuan dan if nak extra, mohon secara walk in, lagi lagi Politeknik. InsyaAllah luas rezeki awak nak dapat kat situ. Okay?

Aku sekarang dah habis belajar di PSIS dan alhamdulillah dapat sambung degree di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Pengurusan Perniagaan. Sekarang tengah final week, tetiba tergerak hati nak tengok blog, ehhh banyaknya comment tanya pasal DSK. Mintak maaf sangat sangat tak perasan.

Disebabkan selalu tak perasan comment comment awak awak semua, apa apa soalan boleh je tanya aku di Twitter --> @saaarrrrraaahh sebab aku bukak Twitter almost everyday and if korang mention pun, notifications terus keluar kat phone. Mudah kan? Haha.

Okay itu sahaja yang aku nak kongsi, nanti masa cuti sem aku try update about DSK Sem 5 okay?

Btw, terima kasih sudi baca blog aku walaupun tak seberapa ni. Terharu rasanya ada baca kat comment kata dia nak sambung belajar course DSK sebab baca post tu :') Aku rasa rezeki aku dapat sambung belajar ni pun mungkin sebab korang jugak. Kita mudahkan orang, orang mudahkan kita kan. Gituh. Macam tetibe sangat. Biasalah, Ramadhan tapi kena berpuasa bukan dekat rumah ni feel dia acah acah perantau sedih sedih sikit walaupun rumah 40 minit je dari sini ahaha.

Okay, till next post!

Bye dan Assalammualaikum!

Lots of Love, Sarah.

*Doakan aku dapat lulus dengan cemerlang untuk degree ni. Ameen!*

5 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah, saya dah tahun dua :)

      Delete
  2. degree pun amek secretary ke? yang pasal final report saya dah search kat google tapi takjumpa hmmm boleh share tak mana akak jumpa link nak tengok final report tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Degree saya ambik Human Resource. Alamak, saya rasa Final Report saya banyak buat sendiri and cari kat internet pun pasal background company je awak, lupa dah sebenarnya haha sorry tau!

      Delete