Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hai hai hai awak yang tengah stalk blog saya tu.
Eheks.
K rempitnya.
Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita pasal
praktikal aku. Memandangkan aku baru minum secawan kopi kaw hasil buatan tangan
sendiri, aku pasti tak boleh tidur malam ni. Maka, daripada membuang masa, baik
aku bercerita dengan korang kan.
So, basically korang akan tau pasal hal-hal
praktikal ni satu semester sebelum semester praktikal korang. Sem sebelum tu
korang mesti akan busy dengan nak apply tempat praktikal, confirmkan tempat
praktikal and etc. Banyak benda remeh tapi yang remeh tu semua penting.
And sem sebelum korang praktikal tu, akan ada
internal praktikal selama satu minggu di mana-mana jabatan politeknik korang.
Ia akan diuruskan oleh Jabatan Latihan Industri korang. Tapi aku taktaulah
semua politeknik ada ke tidak macamtu tapi Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak
Bernam ada ya adik-adik junior ku yang manis sekalian.
Tapi jangan risau. Waktu internal praktikal ni lah yang
best sebab tak ada assignment and kelas selama korang berpraktikal! Heaven!
Cuma penatlah sebab 8-5 selama seminggu. Hiks.
And time internal praktikal ni korang gunakan lah
dengan sebaik-baiknya untuk belajar macamana nak guna mesin pejabat so nanti
time praktikal betul betul tak adalah terserlah kelembapan korang dalam
menggunakan mesin pejabat kehkeh. Slow boleh tapi jangan slow sangat. Boleh
pengaruh juga markah praktikal korang tau. So, nak markah best kita hendaklah
berlakon. Ya ya, berlakon tau. Tapi jangan berlakon terlebih pandai nanti masa
praktikal orang nyampah. Haha. Tapi janganlah slow sangat, nanti orang pun
malas nak layan dan ajar. Ala senang cerita, pandai-pandailah. Dah besar kan
(Tetibe garang)
Okay. Ini antara tips lah aku nak bagi untuk
praktikal korang ni.
1- Cari tempat praktikal yang banyak buat event
Masa praktikal aku banyak uruskan benda-benda yang
tak berapa major. Macam hantar surat, pi jumpa orang ambik dokumen, ambik cek
so bila dapat pergi event kan macam jakun gila hahahahahahaha sebab aku
praktikal kat syarikat lebuhraya so memang banyaklah event diorang buat.
Diskaun sana lah sini lah, ketua polis datang ah. Macam-macam lah. Kecik besar
semua ada.
Korang tolong ah cari tempat praktikal yang banyak
buat event sebab time ni lah kau boleh bandingkan event-event time kau kat poli
and time kau praktikal. Ni pesanan khas untuk budak-budak yang major in
administration lah. Macam bebudak engineering takkan event pulak penting.
Tetibe engineering. Eh.
2- Cari tempat praktikal yang korang ada kenalan di
situ
Aku ada satu lagi tips yang penting tapi kalau
korang taknak terima, lantak korang. Haha.
Korang kalau boleh carilah tempat praktikal yang
korang ada kenal seseorang manusia kat situ. Pi lantak lah orang nak cakap kau
bergantung bawah ketiak mak ayah ke tapi serius, benda tu pun mempengaruhi
jugak.
Aku taktaulah orang lain punya tempat praktikal
sebab malas nak tanya tapi disebabkan aku ada kenal dengan orang dekat tempat
praktikal aku tu, aku bolehlah pergi event-event yang diorang ada buat. Yelah,
selalunya budak praktikal ni diorang pandang sebelah mata pun tak tau...so
peratus korang nak pergi event-event tu rendah sikit ah kalau tak ada kabel
besar sikit. Cedih kenn.
Lagi-lagi kalau korang budak admin, lagilah kena
cari kabel kuat sikit sebab benda paling penting nak grab time praktikal ni
ialah attend event event tu lah. Kalau budak engineering, diorang selalu memang
dapatlah pergi site semua. Budak admin ni kalau tak pergi event bagai semua tu,
memang terperuk jelah kat ofis.
Tapi kenapa aku asyik sentuh pasal budak engineering je ni ya tuhan.
Tapi aku taktaulah kalau antara korang yang dah
praktikal tapi tak ada kenalan, tapi Allah murahkan rezeki dapat pergi
event-event tu semua. Bersyukur lah. Bukan semua orang dapat peluang macamtu.
3- Amalkan sikap yang baik. Like, sentiasa.
Sepanjang aku praktikal, apa yang aku amalkan ialah,
kalau tak pandai, ringankan mulut tu bertanya. Tapi cubalah dulu kalau rasa
rasa diri tu boleh cuba. Macam tekan tekan lah mesin fotostat tu dulu, pastu
dah blur sangat, baru tanya orang. Pastu, tau bezakan macam mana nak bercakap
dengan bos, orang yang lebih tua, kawan sama-sama praktikal and orang yang
lebih muda. Nak cakap dengan cleaner pun kena sopan-sopan. Kalau nak mintak
tolong, mintak tolong elok-elok.
Dan yang paaaaaaling penting, murahkan senyuman
anda.
Ya, walaupun senyum simpul macamni hehehehehe handsomenya my rob!
Aku ni jenis malas jugak nak senyum tapi murah murah
kanlah. Time ni lah pun korang boleh nak senyum banyak kali tanpa orang kata
kau gila. Lolz.
Kalau kena marah pun, senyap je buat muka bodoh
alang tu. Jangan buat muka annoying. Dah tau diri tu salah, ketuk sikit kepala
bagi sedar haha. Takpe, kejap je pun korang praktikal. Sabar banyak-banyak.
4- Hari hari kena update report harian supaya hidup
korang tak sengsara in future
And yesssss, aku tau nanti mesti korang berangan
boleh cari jodoh time praktikal hahahaha boleh boleh tapi jangan abaikan report
harian ok anak anak. Penting tu sebab nanti korang nak buat Final Report memang
kena guna sangat report harian.
Aku pernah tertinggal report harian aku seminggu
pastu bila nak start balik, aku terus rasa nak pitam sebab aku ni kadang baju
semalam pun aku lupa pakai yang mana, lagikan nak ingat apa aktiviti yang aku
buat time 7 hari lepas. K. Ada kena mengena tak?
Tapi, serius lah. Ambik lah 30 minit last day
tiap-tiap hari untuk korang settlekan report harian korang tu. Tak banyak pun.
30 minit je.
Pastu bincang awal-awal dengan penyelia korang dia
nak check korang punya aktiviti harian tu bila. Seminggu sekali ke, dua minggu
sekali ke. Pandai-pandai lah adjust tarikh kat tempat tandatangan tu. Macam
penyelia aku dia busy. Tak bolehlah nak seminggu sekali. Tapi dia power lah. 2
bulan sekali. Ekekeke. Takpe, janji sign sebelum lect datang pantau.
Aku pagi tu lect nak datang pantau, pagi tu jugak
penyelia aku baru nak sign untuk 2 bulan punya. Berpeluh sejuk jugaklah badan
aku walaupun dalam aircond. Elok je dia siap sign, lect pemantau naik jabatan.
Phew.
5- Memang aku syorkan cari tempat praktikal yang
dekat dengan rumah. Dan ada elaun.
Kalau tanya aku, aku memang prefer korang carilah
tempat yang ada elaun. Sebab kita kerja betul kan. At least, elaun tu boleh lah
jadi pendorong untuk korang terus bersemangat untuk berpraktikal. Gituuu.
Lagipun, duit kehidupan korang time praktikal pun
mostly guna duit sendiri. Tapi, kalau mak bapak hulur tu, janganlah malu ambik
jugak ekeke :P
Cari lah yang dekat dengan rumah so that korang
senang nak merempit kalau terlambat. Tempat kerja aku dengan rumah 1 jam so
korang boleh bayang tak kalau lagi 10 minit waktu nak punch card, tapi korang
terkandas dekat jammed yang tak gerak gerak.
6- Masa praktikal jadi lone ranger
Ah yes, aku syorkan korang praktikal sorang sorang.
Means, tak ada kawan yang korang kenal time korang belajar.
Amboi sangat statement kau Sherrilyn.
Jangan tanya aku
kenapa aku syorkan jadi lone ranger, sebab aku rasa lagi bagus korang tak ada kawan sama tempat belajar
sebab korang akan bergantung sesama sendiri so that lagi lambat korang nak open
kepada colleagues korang kat situ. Itu pendapat aku lah.
Ya, dalam blog ni semua pendapat aku. Jangan bash
please. Haha.
And kalau boleh, korang praktikal sorang-sorang je
kat department tu. Department lain, pi lantak. Tapi kalau nak usha jodoh,
dipersilakan.
Bila korang sorang je praktikal kat department tu,
kelembapan tu tak adalah dibanding-bandingkan hahaha nampak tak jenis malas nak
saing?! Inilah Melayu! K tetibe racist.
Tak tak, bila korang sorang praktikal
kat situ, senang sikit korang nak belajar. Serius. Pastu senang sikit orang nak
selitkan kau masuk event sebab kau sorang kan. Kalau berdua, hmm taktaulah nak
cakap sebab aku tak mengalaminya tapi bila fikir pun…aku taktau macamana. Tapi
kalau rasa taknak ikut cakap aku, bolehlah buat permohonan praktikal secara
pukal.
Okay dah takat tu je kut bebelan aku.
Sebenarnya praktikal ni best je. Cuma penatlah
sikit. Kalau Psis tak silap aku maksimum cuti termasuk Mc korang boleh ambik is
20 days. Banyak kan. Hahaha. Tapi takyah lah habiskan. Kalau rasa perlu nak
cuti, cuti jelah. Tak ada siapa nak marah. Cumanya kalau korang ada dapat
elaun, kena tolak lah sikit duit elaun tu.
Apa-apa pun at the end of the day...
Okay so kalau nak tanya apa-apa boleh mention kat
Twitter @saaarrrrraaahh atau comment je kat ruang comment bawah tu okay. Kalau
malu, boleh dm kat Twitter okay no hal.
Byebye assalammualaikum. May Allah bless! Ameen
<3