Monday 27 April 2015

Diploma Sains Kesetiausahaan Sem 1 dan Sem 2

Assalammualaikum. 

Hai kepada manusia yang sedang berlegar-legar mata membaca blog ini. 

As you can see, ini blog baru. Blog lama aku dah hilang. Sedih jangan cerita lah. Dan aku dah cuba untuk mencari tapi apa kan daya. Aku rasa Google ada problem. Dah lama dah aku rasa dia bermasalah sebab dah dua kali blog aku hilang. Boleh sabar banyak-banyak je ni. Harap-harap blog kali ni tak hilang lah ya. Ameen. 

Ok too much talk, let's continue to our main purpose.  


Aku di sini nak menceritakan serba sedikit tentang Diploma Sains Kesetiausahaan (ataupun lebih dikenali DSK) yang aku ambil di Politeknik Sultan Idris Shah ataupun lebih dikenali sebagai PSIS. Ain't that cute? 

Disebabkan bila aku search Google berkenaan course ni tak banyak sangat pun blog yang membantu and mostly subjek diorang pakai code lama (di politeknik ada code untuk setiap subjek yang anda ambil) and kebanyakannya diorang punya syllabus pun sangatlah berlainan. And ada jugak yang memberi list setiap subjek untuk setiap sem tapi tidak menerangkan apa yang sebenarnya kita belajar dalam subjek tu so aku confuse dan kurang faham apa yang kita akan belajar sebenarnya nanti? Disebabkan aku taknak korang semua rasa frust macam aku dulu-dulu, so aku tergerak untuk tulis entry ni untuk membantu anda-anda yang mungkin akan ambil course ini in the future and supaya korang lebih bersedia dan yakin untuk ambik course ni.

And jangan underestimate course ni hanya untuk perempuan je ya. Lelaki pun ada ambil and sometimes lagi hebat and pandai dari yang kaum hawa ni. Whatever it is, kalau kau tak belajar, takkan lah tiba-tiba pointer kau dapat 4 flat kan?

Ok. Now aku akan try untuk terangkan setiap satu subjek yang bakal korang ambik untuk course ini. Tapi, memandangkan aku baru je habis sem 2, so setakat dua sem jelah aku boleh terangkan. Nanti aku dah ambik sem 3, insyaAllah bakal disambung. 

SEM 1 

Sem 1 ada empat subjek Final pada waktu aku iaitu Shorthand 1, Office Administration 1, Pengajian Malaysia dan Communication English 1 (Paper Final sering berubah-ubah. Maksudnya, kadang-kadang pada waktu aku, aku ada paper Final Communication English tapi pada waktu kau tiba-tiba tak ada. That's normal)

1- DPK1013 - Shorthand 1

Shorthand ini adalah subjek yang memang baru yang memang aku rasa tak ada pun diajar di mana-mana sekolah menengah. So korang ada kelebihan kat situ sebab semua orang memang tak pernah belajar dan memang tak ada persaingan. So tak perlu untuk rasa down kalau korang tak faham pada minggu yang pertama. 


Shorthand ni adalah tulisan ringkasan yang diperlukan untuk setiausaha ataupun wartawan untuk mencatit sesuatu dengan cepat tanpa menggunakan huruf rumi. Hanya dengan menggunakan gurisan. Seperti gambar di bawah ini. 


Aku bukan untuk menakutkan atau mematahkan semangat korang tapi Shorthand adalah satu subjek yang paling susah dan lebih dikenali sebagai Killer Subject. Dia bukan subject yang esok nak exam, harini baru kau nak bukak buku. So, bagi korang punya usaha dan rajin tu lebih sikit untuk Shorthand. 

2- DPK1023 - Office Administration 1

Office Administration ialah subjek yang sangat sangat sangat penuh dengan teori. Korang akan belajar tentang hal-hal office. Macamana nak lipat surat, buat sistem 5S, belajar tentang kegunaan mesin mesin yang berada di office dan macam-macam lagi. Ia adalah subjek yang memerlukan daya menghafal kau yang powerful tu. Buku dia penuh dengan words! Untuk orang yang macam aku yang agak pening dengan buku yang macam novel, aku cadangkan korang buat pocket notes!! Sangat disarankan dan terbukti berkesan. Tengok lah gambar dibawah kalau tak tau macamana nak buat. 


KEY FOR POCKET NOTES!

- Hanya ambik MAIN point sahaja! Rasa benda tu tak penting, jangan tulis!!

- Satu kertas kajang hanya untuk satu bab. Kalau tak cukup, kau buatlah dua tapi jangan sesekali campurkan bab walaupun banyak ruang kosong. Sebab nanti kau akan pening dan sakit otak bila tibanya waktu kau kena menghafal balik notes notes tu. 

- Buatlah colourful sikit and jangan lah hanya guna pen hitam je. Be creative sebab nanti kau jugak yang nak hafal. Siapa nak tengok notes yang buruk kan?

- Last sekali, rajin! Kau kena rajin untuk buat pocket notes sebab kalau kau start pertengahan sem, katakan sayonara kepada impian pocket notes kau sebab ia akan terbengkalai begitu sahaja. Trust me. At least dalam masa seminggu kau ada lah buat untuk satu bab. 

3- DUB1012 - Pengajian Malaysia

Pengajian Malaysia more resemble to subject Sejarah. Cumanya...takde cumanya. Sama je aku rasa. Kau akan belajar balik about Parameswara menawan Melaka. Untuk aku, tak perlu buat pocket notes sebab masa final, hanya lah 40 soalan objektif. Tapi yeah, kalau kau malas membaca, tetap tak dapat jawab jugak. Fair and square. 

4- DUE1012 - Communicative English 1

Communicative English sama macam subjek English kau di sekolah menengah. Cuma dia lebih mendalam. Sikit je dalam dia. And belajar dia more kepada fun dan tak stress sangat. Unless kau memang super benci English. 

Presentation pun tak berapa banyak but presentation kena fully English. Tak kisah lah kau broken English ke apa, janji cakap English. So, tengok cerita cartoon banyak banyak and try to talk like them because cartoon adalah salah satu cara yang paling cepat kau boleh belajar English. Try Spongebob Squarepants! But in English! InsyaAllah you will improve. 

5- DPK1033 - Keyboarding Skills

Keyboarding Skills ialah subjek yang memerlukan korang menggunakan 10 jari korang untuk menaip papan kekunci dan tidak dibenarkan untuk melihat keyboard, hanya boleh lihat skrin sahaja! Selalu korang guna dua jari je kan untuk menaip but untuk subjek ni kena tambah lagi lapan and mata kena tegak pandang skrin. Can you imagine? 


Ya, subjek ni adalah antara subjek yang paling aku geruni masa first time aku search tentang course DSK ni sebab yelah, boleh culture shock and hilang semangat kut kalau tiba-tiba disuruh menaip pakai 10 jari padahal sebelum ni menaip patuk-patuk ayam je. Dahlah tak boleh tengok skrin. Memang package betul. Umpama, sebelum ni kau makan pakai tangan and tiba tiba kena tukar guna chopstick buat selama-lamanya? It is frustrating. 


Apa yang aku buat masa first time aku dengar pasal subjek ni, terus aku mencari apa-apa latihan intensif di Google untuk bagi tunjuk ajar orang yang langsung-langsung taktau pasal subjek ni. 

So, I find this website!

typingclub.com 

Dia akan ajar korang dari basic and dia akan ajar ikut step. 

Key dia untuk subjek ni, RAJIN BERLATIH. 

Tak silap aku, aku belajar sendiri selama sebulan lebih sebelum masuk poli and dalam masa sebulan tu, aku dah boleh taip lah jugak dengan menggunakan 10 jari walaupun agak lambat sikit. 

But believe me, once korang dah boleh guna kan 10 jari, korang akan lebih syok dan teruja untuk menaip and korang akan makin nak menaip laju dan laju hari demi hari. Dia macam main game. Bila kau dah lepas level 1 kau akan excited nak masuk level 2 kan? Same like Keyboarding Skills. 

Oh btw, kat internet memang ada game keyboarding ni. Siapa paling laju, dia menang. Try cari kat Google. 

6- DPK1043 - Office Suite Software

Office Suite Software atau lebih dikenali sebagai OSS adalah subjek yang paling rileks untuk orang yang dah ada basic dalam Microsoft. Tak kisahlah Microsoft PowerPoint, Word atau lain-lain lagi. So, rajin-rajinkan lah diri anda untuk membelek-belek Microsoft terutamanya Microsoft PowerPoint dan Word sebab itu adalah Microsoft yang paling banyak digunakan. Tapi jangan risau, lecturer akan ajar satu-satu macamana nak hantar email guna Word, macamana nak letak lagu dalam PowerPoint and macam-macam lagi. 

7- DUW1013 - Occupational Safety and Health 

Atau lebih dikenali sebagai OSHA (nama subjek kat poli semua kiut kiut) Subjek ni belajar tentang hak kita sebagai pekerja. Kinda boring for me sebab ada banyak law. Tapi tak adalah banyak sangat. Tapi boleh tahan. OSHA juga salah satu subjek menghafal dan sangat banyak presentations. Tapi alhamdulillah kitorang dapat lecturer yang sporting habis so agak senang untuk berurusan dengan dia. Presentations pun boleh taram cakap Melayu. But kalau kau selesa cakap English, pun boleh. Sometimes dia bagi markah lebih untuk yang present in English walaupun broken English. Cool kan? Sayang, lecturer tu dah pindah poli Johor. 

Okay, let's move to Sem 2!

SEM 2

Untuk sem 2, akan ada tiga subjek untuk paper Final iaitu, Trengkas 1, Personality Development dan Pengurusan Dalam Islam. 

Kalau korang perasan, ada dalam list subjek yang aku kasi dekat atas tadi, ada subjek yang ada nombor. Contoh, Shorthand 1. Subjek-subjek begini adalah subjek yang korang wajib lulus untuk korang meneruskan Shorthand 2 untuk sem 2. Kalau korang tak lulus, korang akan repeat kembali Shorthand 1 dan tidak dibenarkan mengambil Shorthand 2. Tapi ada juga subjek yang tak ada nombor tapi kena wajib lulus juga. Contoh, korang kena lulus Keyboarding Skills untuk ambik subjek Document Processing di sem 2. 

Kalau korang tak lulus, korang wajib ulang kembali subjek tersebut dan korang akan extend satu sem. Tapi kalau nasib korang baik, akan ada Short Course. Short Course adalah satu sem yang dilakukan ketika students lain cuti sem, tapi students yang repeat boleh ambik subjek yang diorang tertinggal supaya takpayahlah korang extend sem. Dua bulan je tak silap aku. Tapi bukan semua subjek dapat Short Course ni. Subjek-subjek tertentu je.  Banding korang kena extend sem yang makan masa 4 bulan ke atas. Sayang kan? But the choices in your hand. 

Okay let's start with our sem two subjects!

1- DPB2012 - Entrepreneurship

Entrepreneurship atau lebih dikenali sebagai Perdagangan yang belajar tentang selok-belok business dari kau nak bukak sesuatu business sampailah kau nak tutup business. Subjek ni banyak presentations dan memerlukan diri kau tu untuk menyertai event berniaga yang diadakan di poli. 

Yang penting, memang kau akan berniaga lah sebab itu adalah diwajibkan untuk semua student yang ambik subjek ni dan tak silap aku, subjek ni memang semua orang ambik. Cuma sem berapa kau kena itu tak pasti. Tapi masa aku kena time sem 2. No excuse. 

2- DPK2013 - Shorthand 2

Korang tau subjek Shorthand 1 kan? Sama je sebenarnya bezanya korang kena buat beratus daily article!! Dan setiap kali kelas korang kena buat Dictation (lecturer akan baca teks dan korang kena guris tanpa tengok buku, subjek ini lebih mengukur kelajuan dan ketepatan korang mengguris) Hahahahahahahahahahaha serius weh seksaaaa!!! Benda paling torture adalah Daily Article. 

Daily Article tu ialah korang kena cari apa-apa petikan dalam English in 200-250 words (ikut lecturer korang, sebab time kitorang, ada kelas lain yang kena buat 50 words je) dan tukarkan words tu jadi Shorthand. Dalam masa seminggu, kena ada 5 artikel. Maksudnya, satu hari korang kena buat satu. Keypoint dia, RAJIN. Kau pemalas, memang tak jalan lah daily article kau. Jangan ikut kawan-kawan kau yang pemalas tu. Sebab tak silap aku, hampir separuh classmates aku tak siap pun Daily Article ni tapi aku pun taktau apa yang bakal jadi sebab result final sem dua belum keluar lagi. Harap-harapnya aku dan kawan-kawan aku luluslah. Ameen. Aku pun hampir-hampir tewas dalam menyiapkan Daily Article ni. Cewah. 

And untuk pengetahuan, lecturer akan ambik markah and sangat membantu untuk paper final korang. Btw, tak merugikan apa-apa pun kalau korang buat Daily Article tu banyak-banyak sebab dia akan tolong korang untuk lebih faham dan sayang kat Shorthand. Percayalah. Aku dah mula suka Shorthand sekarang. Bak kata pepatah, jangan benci nanti lama-lama suka. Hiks. Macam tak kena sangat. Wtv. Oh ya, korang perlu lulus ya Shorthand 1 untuk ambik subjek ni. 

3- DPK2023 - Personality Development

Personality Development adalah subjek yang akan mengajar korang untuk jaga manners dan appearance korang sebagai setiausaha. Korang akan belajar cara nak duduk, berjalan, keluar kereta, masuk kereta, naik tangga , turun tangga, nak kena pakai baju apa untuk event dinner, baju apa pulak untuk event tengahari, macam mana nak makan pakai pisau dan garfu dan macam-macam lagilah. 

Subjek ni banyak jugak presentation but at the same time, dia subjek yang fun tapi subjek ni lebih kurang macam subjek Office Administration masa sem 1 sebab dia banyak teori tapi subjek ni korang akan lebih mudah faham sebab dia belajar tentang apa yang korang buat hari hari. 

Yang paling mencabar untuk subjek ni ialah korang kena uruskan satu event Dinner untuk kelas korang. Bunyi macam tak susah kan? Well just wait and see. 

4- DPK2033 - Document Processing

Untuk subjek ini, korang kena lulus subjek Keyboarding Skills baru boleh continue dengan subjek ni. Subjek ni banyak belajar macam mana nak buat documents macam resume, memo, business reports dan macam-macam lagi.

Pada waktu yang sama, korang akan ada banyak test untuk kelajuan korang menaip. Pada waktu aku, target dia adalah 36 words per minute (w.p.m.) dan 96% accuracy. Kalau korang melebihi target ni dan korang berjaya taip full article dalam waktu yang ditetapkan, korang automatic dapat 100% markah untuk test ni. Cool kan. So lembut-lembutkanlah tangan tu untuk berlatih. Setiap kali nak tunggu lecturer cakap "Start!" jari jari aku semua dah sejuk. Fuhh seriau. 

5- DPK2043 - Trengkas 1

Trengkas adalah subjek yang sama dengan Shorthand cuma bezanya, dia versi Melayu punya. Kalau korang dapat menguasai subjek Shorthand, InsyaAllah korang akan pandang Trengkas ni dengan penuh bunga-bunga dan cinta. 

Kalau diikutkan, Trengkas lebih mudah difahami untuk aku tetapi sangat susah kalau ambik speed. Bagi aku, lagi senang ambik speed Shorthand. Maybe sebab word dalam English kan pendek pendek. Kut. Entah. Tapi...itu lah pendapat aku. 

6- DUA2022 - Pengurusan Dalam Islam

Atau lebih dikenali sebagai PDI. PDI belajar tentang macamana nak uruskan sesuatu urusan di dalam business tapi mengikut ajaran Islam. Subjek ni banyak presentations dan tak heavy sangat bagi aku. Tapi dah sampai final, kenalah rajin baca dan fahamkan dan takpayah nak hafal semua sebab masa aku final, hanya 40 soalan objektif tak silap aku. Tapi yang penting semua objektif. 

7- DRX2001 - Kokurikulum

Kokurikulum ni subjek sukan yang kau pilih sendiri nak sukan apa. Aku pilih sukan Ping Pong dan sampai sekarang taktau kenapa aku pilih Ping Pong. Tapi bersyukur jugak sebab main dalam dewan suka so tak ada lah kau berjemur tengah panas pukul 2:15-4:15 tu woihhh dahlah memang sunburn habis bertambah lagi. Dan lecturer Ping Pong pun tak garang dan tak banyak cerita (lecturer course elektrik kan) janji kau datang time kelas dan tak banyak ponteng lah dan yang paling penting, datang untuk final test. 

Kalau untuk final test Ping Pong, kitorang kena tunjuk cara-cara untuk serve bola Ping Pong dalam empat cara. Walaupun hari test tu baru nak belajar keempat empat cara, alhamdulillah aku lepas. Terima kasih kepada Pengerusi kelab Ping Pong dan ahli ahli kelab lelaki yang dah terror main Ping Pong yang bertungkus-lumus ajar gegirls untuk serve. Ramai kut perempuan. Memang salute ah diorang. Dan tak kedekut ilmu pulak tu dan tak ada pulak aku tengok dia macam malas dan give up nak ajar kitorang. Ke lelaki memang macamtu? K. 

Berakhir sudah entri aku. So aku harap sekarang ni korang dah clear lah sikit pasal course DSK ni. Kalau tak clear, bolehlah ajukan soalan di bawah. InsyaAllah aku boleh try untuk jawab. 

Walaupun orang ramai cakap course DSK ni senang dan ramai gedik gedik (point dia sebab ramai perempuan je. Lol) abaikan jelah dan pastikan korang dapat achieve target korang. Takpayah lah fikir banyak-banyak sangat pasal apa orang cakap dan disebabkan course ni ramai perempuan, so ramai lah yang akan mengusha-usha awak tu (kecuali aku lah sebab tak berapa nak full package sangat haha) tapi pandai-pandailan bahagikan masa untuk belajar. 

Oh ya, kalau kau lelaki, jangan lah down sangat kalau dapat course ni. Kalau diikutkan, lelaki lagi besar peluang nya dalam bidang ni sebab tak ramai sangat yang ambik. So, lebih mudah untuk kau dapat kerja. 

Yang paling penting, jangan mudah terpengaruh dengan kawan yang bersikap tak bagus tu. Kau nampak dia dating sampai tengah malam, kau pun nak jugak. Kau nampak dia gayut dengan boyfriend dia kat phone, kau pun nak jugak boyfriend. Apa-apa pun, yang paling penting, WAKTU BELAJAR TU MESTI ADA. Jangan lupa solat dan baca Al-Quran banyak banyak. Ok? 

Sekian terima kasih. Kalau ada salah dalam entry ni, harap dimaafkan. Aku pun manusia biasa. 

Adios, assalammualaikum. 

May Allah bless. 

179 comments:

  1. Thanks sis .. Sangat membantu 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama. Dapat course ni jugak ke? Goodluck okay 😊

      Delete
  2. Course ni ada account tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada subjek Account. Tapi tak silap sem 5/sem 6 (sebab saya praktikal sem 4) hehe. Kalau tanya susah ke tidak tu, kena belajar dulu lah baru tau.

      Saya pernah ambik account masa sekolah menengah dulu dan agak susah kalau tak faham konsep dan tak mula latihan dari awal 😊

      Delete
  3. diploma pengurusan dan teknologi pejabat sama ke dengan diploma sains kesetiausahaan ?? please . sy cofuse

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sesetengah dari subjek sama tak silap saya cuma tak ingat subjek yang mana. Maaf ya tak dapat jawab soalan dengan tepat 😊

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Dip pengurusan teknologi pejabat dan sains kesetiausahaan konsepnya sama sjer..blaja mnaip jgk.. dulu pun uitm gunakan nama sains kesetiausahaan jgk tp kini telah ditukrkn kepada teknologi pejabat.. cuma kt sni adlh perbezaan subjek antra uitm dgn poli.. anyway uitm is better la..kalau nak tahu lebih lanjut cuba refer course outline dan bandingkn kedua2nye..
    #ex uitm
    #dak OM
    #lenduhorror

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa Farah Iryani bolehlah refer jawapan abang kat atas ni kasi.

      Yang pasal better tak better tu saya taknak comment hehe :P

      Delete
    2. Hi.
      Actually kebanyakanya sama sahaja tetapi UiTM lebih menekankan pengajian untuk membentuk seorang eksekutif pejabat bukannya setiausaha. Kami tak belajar trengkas/shorthand tetapi kami belajar Superwrite iaitu shortform untuk menyalin dictation.

      Pelajar OM UiTM ade belajar Matematik, Akaun dan Ekonomi. Dan paling penting English Class die sampai hujung pengajian atau setiap sem.

      Yang mana lebih baik? Lihat kepada cita cita korang gak. Kalau korang memang nak jadi secretary gomen, memang kene ada Diploma dari Poli sebab wajib ade trengkas. To be honest peluang korang agak cerah la sebab x ramai yg amik cos ni.

      Pelajar OM plak kene bersaing untuk N29 pembantu pegawai tadbir which ramai giler org mintak.

      Apa pun mane mane pun best. Lupe plak, UiTM full course dalam Bahasa Inggeris kecuali pengajian Islam dan Bahasa Melayu.

      Cheers
      Ridhwan

      Delete
    3. Hi.
      Actually kebanyakanya sama sahaja tetapi UiTM lebih menekankan pengajian untuk membentuk seorang eksekutif pejabat bukannya setiausaha. Kami tak belajar trengkas/shorthand tetapi kami belajar Superwrite iaitu shortform untuk menyalin dictation.

      Pelajar OM UiTM ade belajar Matematik, Akaun dan Ekonomi. Dan paling penting English Class die sampai hujung pengajian atau setiap sem.

      Yang mana lebih baik? Lihat kepada cita cita korang gak. Kalau korang memang nak jadi secretary gomen, memang kene ada Diploma dari Poli sebab wajib ade trengkas. To be honest peluang korang agak cerah la sebab x ramai yg amik cos ni.

      Pelajar OM plak kene bersaing untuk N29 pembantu pegawai tadbir which ramai giler org mintak.

      Apa pun mane mane pun best. Lupe plak, UiTM full course dalam Bahasa Inggeris kecuali pengajian Islam dan Bahasa Melayu.

      Cheers
      Ridhwan

      Delete
  6. klu nk dapatkan tips dan juga pengalaman dari mereka yg lebih senior dalam bidang kesetiausahaan dan pentadbira boleh wsp @ 012-7792907 atau pun boleh pm di facebook qusmartpa. buat adik2 student di ipta/ipts or pd mereka yg dah bekerja nk tanya apa2 boleh contact di no yang diberikan tadi. jangan lepaskan peluang ini. tks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini nombor siapa ya? Yelah nanti main terjah je susah jugak haha 😁

      Delete
  7. salam, lulusan pra diploma slain sains kesetiausahaan layak untuk dploma apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada keputusan awak. Banyak je course awak boleh ambik dan depends jugak awak in what aliran 😊

      Delete
  8. hi. nak tanya diploma sains ni biasanya ramai ke? hm saya dpt 3a phy c+ bio b chem b+ addm b. sy nk buat rayuan untuk dip sains nnt tp sy ragu2 tkut kalau org result lg gempak dri sy yg buat rayuan jugak mesti sy tk dpt hm. tp ada org ckp kalau dip sains ni tp ramai sb org aim asasi sains. mcm mana ya? tolong reply ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Hm nama diploma ni memang Sains Kesetiausahaan tapi sains tu tak banyak dik. Tak ada pun belajar Sains. Dia lebih kepada administration atau senang cakap, kerja kerja office macamtu.

      Mungkin dah tersalah sangka kut ni. Ramai jugak confuse sebab dia ada 'Sains' kan. Hehe.

      Btw, course ni boleh tahan ramai. Batch saya je dah nak cecah 100 orang. But mostly perempuan.

      Delete
  9. hi. nak tanya diploma sains ni biasanya ramai ke? hm saya dpt 3a phy c+ bio b chem b+ addm b. sy nk buat rayuan untuk dip sains nnt tp sy ragu2 tkut kalau org result lg gempak dri sy yg buat rayuan jugak mesti sy tk dpt hm. tp ada org ckp kalau dip sains ni tp ramai sb org aim asasi sains. mcm mana ya? tolong reply ;)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum, saya nak tanya, sem dua tu, dia pakai buku apa ye? mahal tak buku-2 nya, and lagi satu, attire dia kena pakai macam mana untuk sem 2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Semua subjek pakai buku kecuali Kokurikulum. Hmm harga boleh tahan mahal tapi kalau awak nak murah, boleh tanya dengan senior senior. Selalunya diorang ada jual and lebih murah dan buku pun condition ok.

      Attire sama je macam sem 1. Baju kurung, seluar slack + blouse, and blazer. Tapi sebenarnya, semuanya bergantung kepada lecturer tu sendiri. Sometimes ada lect tak kasi pakai jubah sebab seksi katanya :)

      Delete
  11. Salam kak. Tempoh course ni 3tahun ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Ya tempoh 3 tahun termasuk praktikal :)

      Delete
    2. Ikut poli mana awak dapat. Ada jugak poli yang pakai seluar slack. Kalau Psis, pakai skirt :)

      Tapi kalau lelaki memang seluar lah.

      Delete
  12. salam kak,pengajian 3tahun tu 2sem je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Eh tak. Satu tahun ada 2 sem. So 3 tahun ada 6 sem termasuk satu sem untuk praktikal.

      Delete
  13. thank you sis. entry ni sangat membantu. saya dapat course ni dkat poli pd.

    ReplyDelete
  14. thank you sis. entry ni sangat membantu. saya dapat course ni dkat poli pd.

    ReplyDelete
  15. thank you sis. entry ni sangat membantu. saya dapat course ni dkat poli pd.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama. Harap berjaya di poli pd ya. Boleh share kalau ada benda yang berbeza dengan apa yang saya cerita :D

      Delete
  16. Salam..nak tahu...diploma sains kesetiausahaan itm diiktiraf sama tak dgn diploma OM UiTM? Dalam pekeliling 27/2009 confius sikit le...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Diploma Sains Kesetiausahaan itm? Itm tu apa ya awak? Saya pun kurang jelas ni :)

      Delete
    2. office management dgn secretarial science UITM tu berbeza sedikit ye.... DSS tu sama je DSK poli tu..cuma subject yg itm tu semua guna english kecuali tajuk2 tertentu yang guna.....dan iktiraf ye apply keje kalo DSS uitm tu....dan dss uitm tu dah takde dah kat uitm...dibranding nama baru OM

      Delete
  17. Salam..nak tahu...diploma sains kesetiausahaan itm diiktiraf sama tak dgn diploma OM UiTM? Dalam pekeliling 27/2009 confius sikit le...tq

    ReplyDelete
  18. Nak tanya susah sangat ke kos nie? Satu lagi kalau budak ekonomi sesuai x ambik kos nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak susah. Awak belajar, awak score. Awak tak belajar, awak flop lah hehe. Tapi okay je. Tak adalah belajar sampai 3-4 pagi atau migraine kepala. Course ni simple. Banyak belajar benda yang kita sendiri dah tau sebenarnya :)

      Delete
    2. Cos nie dia tengok fizikal jugak ke....

      Delete
    3. Cos nie dia tengok fizikal jugak ke....

      Delete
    4. Cos nie dia tengok fizikal jugak ke....

      Delete
    5. Cos nie dia tengok fizikal jugak ke....

      Delete
    6. Hahaha. Tak ada pun. Sesiapa pun boleh ambik course ni awak :)

      Delete
  19. Keyboarding skills tu dia tengok (w.p.m) ke dia tengok peratus ke atau dia tengok kita dpt taip satu article... keyboarding skill nie ade test x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada test. Ada practical work. W.p.m tu.nanti kita kena kira untuk dapatkan peratus dia.

      Delete
    2. Ada test. Ada practical work. W.p.m tu.nanti kita kena kira untuk dapatkan peratus dia.

      Delete
    3. Aah dia akan tengok words per minute (wpm) dan ada peratus jugak, kalau Psis dia nak 98% and yes, dia ada test but jangan risau, minumum 35 wpm tak silap :)

      Delete
  20. I have to say u have given me a very useful info about this course so i would like to thank n continue pursuing my studies on this course! :) Thank You

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you to you too and goodluck in your future! <3

      Delete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Hi akakk! Untuk course ni kan. Results Math E and ICT D layak ke? Setengah kata layak setengah kata tak layak sbb math E. And dia tgk fizikal kita ke? Heeee *soalan last mcm tahpape sikit*

    ReplyDelete
  23. Hi akakk! Untuk course ni kan. Results Math E and ICT D layak ke? Setengah kata layak setengah kata tak layak sbb math E. And dia tgk fizikal kita ke? Heeee *soalan last mcm tahpape sikit*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layak je wak. And tak tengok fizikal pun ;)

      Delete
    2. Layak je wak. And tak tengok fizikal pun ;)

      Delete
    3. Haha layak je awak sebab saya Math pun cukup cukup makan je dulu and no, dia tak tengok fizikal, don't worry ok ;)

      Delete
  24. Hi akakk! Untuk course ni kan. Results Math E and ICT D layak ke? Setengah kata layak setengah kata tak layak sbb math E. And dia tgk fizikal kita ke? Heeee *soalan last mcm tahpape sikit*

    ReplyDelete
  25. Aslmkum...saya cuba ke web poli utk permohonan ank. Bidang yg layak utk dia hanya ini. Nak tanya, boleh ke kita pilih poli mana yg kite nak...atau dibagi secara random.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh pilih. dia bagi random. tapi kt web tu memang kena pilih tapi apa yang kita pilih tu tak semestinya dapat. ikut rezeki.

      Delete
    2. Waalaikumussalam. Maaf lambat jawab. Tak silap saya boleh walk in je awak, tapi based on rezeki jugak. Tapi better awak isi jugak UPU and walk in. Biasanya walk in, insyaAllah lagi mudah nak dapat course tu, tapi pastikan result menepati syarat course :)

      Delete
  26. Salam, Anak Akak akan ambik SPM tahun ni, and result trial aritu kurang memberangsangkan, jadi akak nak tnye minimum result kena apa baru bole apply course ni, Terima kasih ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lulus spm dengan 3 kepujian mata pelajaran berikut:
      a) Bahasa Melayu
      b) Bahasa Inggeris
      c) SATU (1) mata pelajaran lain

      Delete
  27. Asalam
    Dpt KT psis same course as u..pd awalan berapa kos n roughly kan overall bulanan ada ke kos kos hidden yg perlu?reason Tanya..
    Sister KT uitm konon la nmpk Murah Tp bila dah masuk tiap bulan ada je blnja.
    Masuk mkn minum ada la 700-800 bljna..si its like indah kabar konon fee dll Murah.so x nk trkejut jd nk Tanya otak mcmma agak nya perbelanjaan spt buku/yuran/hostel DLL (bukan mkn minum tu on kita la kn)
    N psis ni cmner persekitaran nya
    Mcm uitm tu orientasi ny sori nk ckp merepek..sampai di blast KT fb..
    Tq in advance

    ReplyDelete
  28. Asalam
    Dpt KT psis same course as u..pd awalan berapa kos n roughly kan overall bulanan ada ke kos kos hidden yg perlu?reason Tanya..
    Sister KT uitm konon la nmpk Murah Tp bila dah masuk tiap bulan ada je blnja.
    Masuk mkn minum ada la 700-800 bljna..si its like indah kabar konon fee dll Murah.so x nk trkejut jd nk Tanya otak mcmma agak nya perbelanjaan spt buku/yuran/hostel DLL (bukan mkn minum tu on kita la kn)
    N psis ni cmner persekitaran nya
    Mcm uitm tu orientasi ny sori nk ckp merepek..sampai di blast KT fb..
    Tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Alhamdulillah tahniah dapat belajar di Psis.

      Setakat yang saya dah 2 tahun setengah kat sini, alhamdulillah, kos sara hidup tak tinggi sangat.

      RM10 masih boleh tanggung makan untuk satu hari, assignment pulak kalau yang melibatkan printing, for this course maybe dalam RM10 sahaja untuk satu sem.

      Kalau nak ke pekan lah jauh sikit, kalau naik prebet kena charge RM15 tak silap saya pergi balik (sebab saya naik kereta sendiri, taktau sangat harga rate prebet)

      Tapi okay je, kos sara sini rendah so best je nak belajar tanpa rasa terbeban :)

      Delete
  29. Assalamualaikum, sis. Boleh sy tahu, soalan past year sis ade tak ? Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, ada je awak, boleh mintak di library Psis :)

      Delete
  30. Hye sis...nak tanya . Pakaian pergi ke kuliah , pakai baju apa ?
    And . Sem 1 dh start guna laptop eh ?
    Thank you .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Everyday baju kurung and kasut bertutup for perempuan kalau lelaki pakai kemeja. pakai laptop tapi sikit2 je utk assignment & presentation

      Delete
    2. Hye assalamualaikum sis nk tanya utk presentation,setiap presentation ada berkumpulan and ada sorang2 ke

      Delete
  31. hye sis nak tnya...nama lecture OSHA awak siapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sir Azhar tapi dia dah pindah ke Poli Johor hehe (tapi ada lagi sorang lecturer perangai macam dia kat Psis ni haha :D)

      Delete
  32. Waalaikumussalam. InsyaAllah, boleh je awak tak ada apa apa masalah. Saya dulu Account teruk jugak tapi dah belajar Account kat sini best sangat sebab rupanya mudah je untuk faham sebab lecturer dia mengajar best hehe :P

    ReplyDelete
  33. salam kak.. sy lelaki da dpt tawaran bljr kos ni kt poli pd... sy nak tanya yg org yg xde bljr akaun n perdagangan ni lepas x nak blajar ni sbb sy msa kt skolh ambil aliran sains... n subject die susah sngt x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Lepas je dik. Akak dulu Akaun pun teruk cukup makan je haha tapi alhamdulillah, dah nak masuk 6 sem ni, result okay je :)

      Delete
  34. assalamualaikum sis. Nk tnyelah sem 3 smpai 5 subjek ape belajar yee huhu skang saya baru sem 1. Mohon sis reply lah ye terima kasih 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sorry lambat sangat reply. Sem 3 awak boleh rujuk link ni http://sarahkongsicerita.blogspot.my/2016/05/diploma-sains-kesetiausahaan-3.html

      Sem 4 pulak praktikal, dan sem 5 insyaAllah nanti saya update ya.

      Delete
  35. assalamualaikum sis. Nk tnyelah sem 3 smpai 5 subjek ape belajar yee huhu skang saya baru sem 1. Mohon sis reply lah ye terima kasih 😊

    ReplyDelete
  36. hi, saya bekas pelajar DSK di POLIPD. kos ni best sebab adanya shorthand, trengkas, note taking, keyboarding skills dan lain kos kemahiran. so kepada junior junior DSK, tolong apply kemahiran yang korang belajar tu sampai ingat dan bukan takat lulus terutamany subjek trengkas dan shorthand. penting untuk apply bila dah habis nanti. dan make sure yang lelaki buat yang terbaik. nowadays, lelaki lebih cerah peluang untuk bekerja dalam bidang mcmni. all the best

    ReplyDelete
  37. Salam kak ...nk tanye kos nihh perlukan wang yg bnyk ke nk beli setiap buku for subject ?? Sem 1 ade brape subject ?? Mak sedare saye suruh amik kos nih sbab peluang pekerjaan mcm diperlukn xpi saye takot saye x boleh nk carry on sbab saye nih x brape cekap sngt nk type2 nih 😂😅 saye nk berminat xpi mcm down skit ..plis kak reply komen saye huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan la banyak dia. Tapi buku tu boleh jual balik dekat junior. Taknak jual pun boleh. Kalau type tu takpa boleh try slow slow ;)

      Delete
  38. nk thu skop pekerjaan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi penolong pegawai tadbir n29, setiausaha n29 dan lain lain berkaitan pentadbiran. pegawai kastam jpj pun boleh, LHDN

      Delete
  39. salam sis , saya nak tnya course DSK di Uitm ada ke / dh ditukar nama course dia ? Adakah DSK sama dgn Dip. Pengurusan Mklumat atau lebi kurang Dip. Pengurusan & Teknologi Maklumat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat uitm dah takde. so subjek di uitm dan poli lain untuk kos ni

      Delete
  40. Salam akk nk tny lah...kalau nk masuk DSK ni kena masuk perdagangan dahulu ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Maaf lambat sangat reply. Tak perlu pun, saya dulu pun aliran Akaun. Ada classmate saya aliran Sains pun dapat jugak course ni :)

      Delete
  41. Salam akak , saya nk tnya , course ni senang dapat kerja tak kak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang dapat kerja. saya sebulan tamat diploma, terus dapat interview SPA, LHDN dan pejabat kerajaan n29

      Delete
  42. Salam kakak. Saya x ambik akaun masa spm still boleh apply untuk course ni tak?

    ReplyDelete
  43. salam sis, saya nak tanya berkenaan kos perbelanjaan untuk kos ni. adakah mahal? saya tertanya2 adakah setiap bulan kita perlu membayar yuran? waktu nak daftar tu banyak ke kos yg perlu dibayar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula mula daftar politeknik rm850 tak silap sekali dengan kamsis semua. Takda yuran bulanan. Cuma yuran setiap kali masuk sem baru je. Kos ni mahal la jugak utk buku tapi buku tu boleh jual balik.

      Delete
  44. assalamualaikum
    saya dpt course ni, tapi jari saya ada 9 ja. takpa ka? or digalakkan tukar course?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, maaf sangat lambat reply. Boleh je awak, jangan risau, dia janji awak boleh menaip, ada classmate saya sampai ke hujung sem pun masih menaip patuk ayam, tapi tak best lah sebab ilmu dah ajar kan elok kalau guna.

      Harap menjawab soalan ya :)

      Delete
  45. assalamualaikum sis, saya dapat course ni..& saya nak tanya pelajar course ni kena pakai baju apa ye ke kelas? & sem 1 perlukan laptop tak? & kalau tak keberatan boleh sis tinggalkan nombor telefon sis untuk saya, so that we can keep in touch.. tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaiknya biar laptop tu ada. Senang, tapi kalau takda pun takpa. Dapat politeknik mana ye? Baju ke kelas formal, pakai baju kurung je hari hari. Kasut bertutup.

      Delete
    2. Ouh i see.. alright thanks sis..really helpful.. btw saya dapat kos ni di psis juga alhamdulillah..5 jun ni daftar..

      Delete
  46. Thanks for this entry sis 😂 you are really helping sbb tak jangka pun dpt course nie and Alhamdulillah dpt kt poli sis niee 🌸 doakn saya yaaa ✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama awak. Belajar rajin rajin okay. Senang nak score course ni, boleh dapat dekan setiap sem. Amin.

      Delete
  47. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum sis saya nak tanya kalau baju ke kelas bole ke pakai kemeja dengan skirt? Dan bile awal2 masuk kena pakai laptop ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi nak senang better pakai baju kurung. Takut kemeja dan skirt kurang sesuai. Lagi lagi untuk subjek keyboarding. Awal awal masuk ada assignment guna laptop tapi selalu nya ada poli yg sediakan kemudahan cyber cafe. So kalau taknak beli laptop lagi boleh buat dekat cc je.

      Delete
    2. Akak kat politeknik sabak bernam ade cc x?

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Ada awak, kat library.

      Delete
  49. Assalammualaikum sis saya nak tanye cmne nk buat summary untuk OA sis ?

    ReplyDelete
  50. Salam sis nk tanya.. Saya dpt spm 4 credit.. Dapat 2A dan math D. Sy apply upu utk course ni tp x dpt masa first intake... Rasenye ade x peluang utk sy utk 2nd intake.. Dan bile permohonan dibuka? Sy stress bila org tnya x smbung blaja lg ke?.. Hmmm harap blas sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Saya sarankan awak pergi mohon secara walk in. Biasanya akan dapat, kalau awak tak yakin, awak call dulu pejabat HEP Politeknik Sabak Bernam ni.

      Jangan risau, rezeki setiap orang berlainan. InsyaAllah ada rezeki awak terselit kat mana mana untuk sambung belajar :)

      Delete
  51. Assalamualaikum akak, kalau kat polisas/ pakaian ke kelas course ni mcm mna ye? and kasut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Rasanya sama je. Formal. Kasut bertutup :)

      Delete
  52. Assalamualaikum akak, kalau kat polisas/ pakaian ke kelas course ni mcm mna ye? and kasut?

    ReplyDelete
  53. nak tanya, bayaran penuh utk setiap sem kat poli mcm mana eh? mahal sgt tak? berapa ratus..berapa ribu tu?
    Berapa pulak bayaran utk sem 1 kos ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap RM850, termasuk asrama sekali. Tapi awak jangan risau, yuran politeknik antara yuran yang terendah :)

      Delete
  54. Nak tanya, kesetiausahaan kesihatan pun sama macam ni juga ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Maaf, saya taktahu, tapi saya pernah dengar uitm ada kos macam awak tanya ni, and dia belajar pasal pentadbiran di dalam hospital :)

      Delete
  55. Assalammualaikum sis sye nak tanyelah saya ni 6/11/2017 nk amik spm sye adelh usya kos ni tpi sye tkde basic account lgi stu sye time trial aritu 2b+ 2c+ lain fail 😂😂 teroks hbis.. Lps tk klo nk amik kos ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, actually leoas je if awak takde basic account.. Sis pun takda basic account but dapat course ni, alhamsulillah dah nak masuk sem 2 hehe. Pasal result spm, syarat umum dia : lulus bahasa melayu, sejarah n 3 credit (kepujian).. Btw, goodluck. :D

      Delete
  56. Brape markah utk lulus trengkas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak awak, maaf, sungguh lah dah lupa, dua tahun dah tinggal subjek Trengkas haha. Maaf ya :)

      Delete
  57. Akak course ni ada addmath tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada awak. Cuma ada satu subjek yang berunsur kira kira ni, iaitu Akaun. Itupun hanya basic sahaja seperti yang diajar di sekolah menengah. Jangan risau sebab senang je nak lulus :)

      Delete
  58. Nak tnya...Adik saya spm 2013 boleh masuk lagi ke politeknik lagipun dia nk masuk kos ni

    ReplyDelete
  59. Boleh, try walk in

    ReplyDelete
  60. Assalamualaikum , Alhamdulillah saya dapat kos ni tahun ni masuk this december dekat Polisas hehe thankyou for you sharing . BtW , kos ni 3tahun ye ? And memang banyak menghafal for this course right ? For books kan boleh ke dapat kat luar (MPH,popular..) ? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, tahniah! Ya 3 tahun je. Aah memang banyak hafal sikit tapi kurang mengira, ada satu subjek je kut yang Math which is Akaun. Buku dia biasanya boleh beli dekat lecturer. Dekat MPH and Popular susah sikit nak cari hehe

      Delete
  61. kita sama la math G . nak nangis rasanya

    ReplyDelete
  62. Hai sis.Nak tanya sya dapat course ni jgk.macam mna bayaran eh?saya pun takda basic account..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Bayaran tak silap dalam RM700. I dont really remember sebab dah 2 tahun tinggal poli haha. Tapi bawah RM1000 lah. Tak mahal pun sebab politeknik memang yuran dia antara yang murah. Jangan risau okay.

      Delete
  63. Saya daftar 24hb 6 nanti hehehe dkt sabak jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Congrats and goodluck to you!

      Delete
    2. Kita bru nak masuk bulan 12 ni uhuk. Amacam ? Best x? ^^

      Delete
  64. Akak betulke duduk asrama poli 1 tahun je? Baki lagi 2 kita kena duduk luar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Tak jugak. Akak dapat duduk sampai habis hehe. Ikut politeknik jugak sebenarnya. Cumanya dulu pun rajin ngelat jugak untuk kumpul merit but alhamdulillah rezeki. Tapi kekalkan pointer bagus. InsyaAllah dapat duduk kamsis :)

      Delete
  65. Akak betulke duduk asrama poli 1 tahun je baki lagi 2thn kita kena keluar cari rumah kt luar?

    ReplyDelete
  66. Salam,course ni ada practical ka?practical bergaji atau tdak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Ya, ada praktikal. Masa saya dulu pada sem ke 4. Tapi sekarang tak silap dah bertukar ke sem yang terakhir. Saya dulu praktikal ada elaun. Tapi ada juga kawan saya yang tak dapat elaun. Tapi sekarang sudah wajib ada elaun jadi jangan risau ya :)

      Delete
  67. Assalamualaikum saya risau ah kalo lelaki xde

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Jangan risau ya awak. Sebab chances untuk lelaki diambil jadi PA sangatlah tinggi berbanding wanita zaman sekarang ni. Selalunya setiap batch akan ada lelaki. Kalau tak ada pun, awak jangan risau. Perempuan DSK ni semuanya supportive dan baik je hahaha.

      Delete
  68. Asalamualaikum akak saya berminat nk ambik kos ni cuma English saya tak memuaskan saya dpt D sebb sya lemah sikit dlm Grammar , rasa2 layak ker ? And saya aliran perdagangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Yang lepas biarkan lepas. Kalau awak apply kos ni dan awak dapat, awak masuk je. English bukan lah bahasa utama masa belajar di sana. Goodluck okay!

      Delete
  69. sye masok buln disember ni n dpt kat psis. sye nk tanye ttg tempt praktikal kt mne ehh..pastu nk tanye yg mase praktikal nk kena bwat pe je

    ReplyDelete
  70. hi, nak tanya mcm mana u tahu u akan dpt kat sana? i mean dah dpt result ke? sbb i takleh nak buat semakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi , akak mohon mana ya? Setahu saya result utk masuk dah lama keluar. Saya masuk bulan 12 tapi bulan 6 ke 7 mcmtu dah kluar result n then bulan berikutnya kena hantar surat pengesahan.

      Delete
  71. Asalam akak klau belajar subjek ni dekat poli ..fully bahasa english atau ade jugak bahasa melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Bahan selalu dalam Inggeris tapi lecturer explain in BM.

      Delete
  72. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  73. salam hai nak tanya, saya ambil dsk di polisas dan sekarang ni tengah praktikal. nak tanya, kalau saya nak sambung degree berkaitan course dsk ni,course apa ea yang sesuai ?? terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Hai. Saya sekarang sedang sambung di UKM dan ambik subjek Pengurusan Perniagaan dan major in Human Resources. But if you lemah Math, I suggest you tak perlu apply UKM and try to pursue for UiTM. Most of my friends pursue teknologi pejabat di UiTM and they quite excel in it. Three of my friend ada dapat sambung di UPSI jugak dalam bidang yang sama dengan saya but if you nak apply UPSI, I suggest you apply juga UKM sebab subjek kami belajar sama but if you are going to university research, bolehlah ambik UKM. I hope this explains well :)

      Delete
  74. Salam saya nak tanya kalau bi kita kurang pandai dia akan ajar ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Di politeknik ada subjek English jadi mungkin boleh improve dari situ. Tapi most of the subjek guna bahasa Inggeris, tapi simple English.

      Delete
  75. assalamualaikum kak, nak tanya kalau ambil diploma course dsk, and then degree nak sambung course office management boleh tak agak agak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh sangat awak. Ramai kawan kawan saya yang sambung course itu di uitm.

      Delete
  76. Salam sis, kalau kita pilih form 6 trlebih dahulu lepastu kita nak ambik degree in dsk. Boleh ke?

    ReplyDelete
  77. Ape kelayakan msok program ni ye sis

    ReplyDelete
  78. awhhh sangat sangat membantuuuuuuu thnkyouuuuu <3

    ReplyDelete
  79. awhhh sangat sangat membantuuuuuuu thnkyouuuuu <3

    ReplyDelete
  80. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  81. hai kak,saya berminat sangat2 nak course ni tapi saya takut dapat poli jauh2.. akak wktu mohon kat upu dapat dekat poli yg akak nak or dia randomly choose?

    ReplyDelete
  82. Hii akk assalamualaikum.. Adekk baru je keluar result spm haqini then adek nk tnyaa bidang dsk kena lulus apa eaa? Sbb adek berminat sngt² diploma dsk nihh.

    ReplyDelete
  83. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  84. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  85. sapa dapat pahang.kita sama

    ReplyDelete
  86. anyone ada dapat dsk kat pd tak? 🥺✌🏻

    ReplyDelete
  87. sayaaa . tapi saya takut bcs saya tak pandai apa ii psl laptop and english pun kelaut . takut

    ReplyDelete