Thursday 14 May 2015

Tips as a student

Assalamualaikum. 

Haritu ada orang suruh aku share pasal tips belajar. Kahkah kelakar ok nak suruh ai yang tak berapa nak pandai ni share tips belajar ermmm malu ai. 



Aku segan sebenarnya nak taip benda ni. Yelah. Aku tak lah segenius mana pastu suruh aku bagi tips adeh. Umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Ewah. Peribahasa kau. 

So aku membuat keputusan untuk publish benda ni if my result is quite okay in this 12 May!!! 

So kalau korang baca benda ni then my result quite okay lah. QUITE OKAY JE YA. Hehe. 

Okay so let's start!

Oh btw aku tukar ni tips as a student sebab bukan setakat belajar je yang kau nak ambik kira nanti bila kau dah masuk ipta/ipts. 

TIPS AS A STUDENT DARI SARAH 

1- Choose your friends wisely

Haa kau nampak tak aku letak ni yang paling pertama? Sebab yang ini lah yang paling penting dalam banyak-banyak tips ni. Sekali salah pilih, merana lah hidup kau sepanjang 3 tahun nak habiskan belajar. 



Salah pilih kawan adalah masalah yang paling besar dalam menjadi seorang student ipta/ipts and whatsoever. Sebab memang susah. Dalam umur 18 tahun ke atas ni, perangai bengong dewasa tu dah ada di kalangan korang ni. Termasuk aku lah. 

Kalau waktu sekolah menengah, kebanyakan korang mesti akan buat kawan time form 1 kan. Waktu tu paling jahat pernah buat pun ponteng sekolah acah sakit satu hari. Tu jelah. 



Kalau dah atas umur 18 ni selalunya memang kalau dah jahat tu memang payah lah nak diubah. Boleh berubah tapi susah sikit. 

Yang bab kawan ni aku susah sikit nak terang sebab memang at first impression kau takkan boleh tau nya perangai orang tu macam mana. 



Nasihat aku, jangan pernah percaya orang. 

Berkawan lah seramai yang kau nak tapi jangan pernah percaya orang 100%. Kau mesti kena ada 10% yang kau simpan untuk diri kau sendiri. 

Tu je yang aku boleh cakap bab berkawan ni. 

2- Rajin buat notes

Ni salah satu cara yang typical untuk semua orang. Cuma yang tak typical nya, bila kau harus menghafal dan membaca balik notes yang kau buat tu. Selalu orang dah buat cantik dah pastu dia selit celah bantal selit celah ketiak akhirnya hilang tanpa khabar berita. Takmo eh macamni. 



Tapi pastikan kau buat notes untuk subjek yang perlu jelah. Jangan lah semua subjek kau nak buat notes. Ya payah. 

3- Justify your lecturers

As a student, kau kena selidik setiap seorang lecturer kau ni macam mana. Kalau ada lecturer yang jenis assignment kena hantar on time, jangan lah kau buat gurau dengan hantar lambat pulak. Nanti carry mark kau pulak yang terhempas bagai kaca jatuh ke lantai. Dan kalau ada lecturer yang jenis sporting, janganlah kau over pulak sampai tak hantar langsung. 



And kadang-kadang aku tak faham jugak. Ada jugak students yang jenis suka sangat melawan balik cakap lecturer. Kau ingat lecturer tu kawan kau? Kena bagi pang sekali kau ni. 

And jangan pernah campur kalau ada classmates kau yang hamburkan perasaan tak puas hati dia about your lecturer di dalam group kelas Whatsapp. When it comes to Whatsapp group class, be a silent reader is a good choice. Trust me. 

4- Don't take things lightly



Akan sampai satu hari nanti kau kena buat assignments and kebetulan pulak lecturer tu jenis yang riang ria kuih raya. Kau nak buat dah last minute and waktu kritikal macamtu mesti kau akan terus terfikir "Takpayah lah buat. Sir sporting apa" and end up, kau tak buat pun benda tu. 



Percayalah kataku. Kau hendaklah menyiapkan kerja tu walau apa pun yang terjadi. Dengan cara apa sekalipun, kau mesti kena siap jugak assignment tu sebab sometimes carry mark kau bergantung pada assignment kau tu. Nak carry mark kau jatuh? Well good luck for your final. 

5- Abaikan suara sumbang

Selalunya bila dah nak tibanya waktu test and kuiz, biasanya akan ada makhluk tuhan yang akan bertanya di Whatsapp "Weh korang baca apa je untuk kuiz?" "Weh aku taktau nak baca apa" "Weh takpayahlah baca. Biar kita ramai-ramai taktahu nak jawab apa hahaha" ya memang ada. 



Your action is, jangan campur. As I said, when it comes to Whatsapp group class, be a silent reader is a good choice. 

Just keep reading your book and just continue your revision. 



Ada usaha ada jalan. Kalau takde usaha, kau ingat jalan nak terbentang luas depan kau? Unless kau meniru lah. 



6- Don't be a servant for your club or organization. 

Selalunya orang yang gila organisasi atau kelab ni sebenarnya result mesti power. Tapi entahlah. Masalah club ni ialah dia terlampau active. Hahaha itu pun masalah ke? Lol. And ada certain club, too many politics yang bercampur. And yes, as for me, certain of them are judgemental. Certain. 

Tapi kalau kau jenis yang memang jenis kaki masuk club club pendidikan ni, apa salahnya. But memang akan banyak masa kau pergi habiskan menguruskan kelab lah. So kalau dah masuk club, pandai-pandailah bahagikan masa.

Kelab ni sepatutnya bagus tau. Tujuan, boleh merapatkan silaturrahim and so on. Sometimes when it is too much, it could be as worse as it can be. Aku mengaku aku pun pernah masuk club club ni. It is fun untuk permulaan. Pastu macam...too much to handle. Tiap-tiap minggu ada perjumpaan. And kinda menyusahkan. 

Ada sorang coursemate aku meeting sampai 1-2 pagi dan aku tak berapa nak faham apa yang diorang bincang lama sangat. Aku rasa wakil rakyat pun dah tidur time tu. 

7- Good in handling your financial

When you be a student, money are one of your priorities. Taktau kenapa. Aku dulu takde fikir banyak sangat pasal duit ni. Tapi bila dah masuk belajar, duit keluar macam air. 

As for the time being, aku tak ambik Ptptn. So you can imagine how I try to budget eveything that I spent in my daily life as a student. Budget setiap hari makan hanya berapa ringgit. Kalau nak keluar ke pekan boleh belanja berapa ringgit je.



Otak memang selalu akan fikir pasal duit. Seriously memang sucks. Tapi that is how you will appreciate duit yang mak ayah kau kasi and bukan digunakan untuk berjoli sakan selalu (dua bulan sekali bolehlah haha k) 

Selalu students yang dapat Ptptn mostly akan spent their money untuk beli phone baru, shopping, travel and yeah, dating. 

So make your budget supaya duit yang ada kat tangan kau tu tak membazir. Dan yang pentingnya financial management ni supaya tak mengganggu pembelajaran kau. 

Masa aku susah sebab duit tinggal ciput, memang stress gila sebab duit takde. Makanan dalam bilik pun takde. Pastu kebetulan memang minggu tu penuh dengan exam, test and kuiz. Memang macam tahi. Tapi nasib baik lah ada kawan-kawan yang baik hulur duit kasi pinjam, bagi Maggie, belanja makan hehe sayang tau diorang. 

8- Practice your skills 

Sesetengah subjek kadang-kadang memerlukan skill. Macam aku, aku ada subjek Keyboarding Skills and Shorthand yang memerlukan aku untuk buat banyak gila latihan. Banyak gila. 



So, untuk subjek-subjek macamni, ambik waktu kau dalam sehari tu untuk berlatih subjek istimewa ni so that you can catch up with the syllabus yang lecturer kejar. Maka nanti carry mark kau akan menuju puncak gemilang cahaya mengukir cita seindah rasa~ Ewah. 

So itu je pasal tips tips belajar dari aku. Dah macam tips kehidupan dah aku rasa. Lol. 



Apa-apa pun, ini hanya pendapat aku. Kalau kau rasa macam benda ni mengarut, takpayah lah ikut dan ikutlah tips orang lain pula. 

May Allah bless. 

Adios, assalammualaikum. 

Monday 27 April 2015

Diploma Sains Kesetiausahaan Sem 1 dan Sem 2

Assalammualaikum. 

Hai kepada manusia yang sedang berlegar-legar mata membaca blog ini. 

As you can see, ini blog baru. Blog lama aku dah hilang. Sedih jangan cerita lah. Dan aku dah cuba untuk mencari tapi apa kan daya. Aku rasa Google ada problem. Dah lama dah aku rasa dia bermasalah sebab dah dua kali blog aku hilang. Boleh sabar banyak-banyak je ni. Harap-harap blog kali ni tak hilang lah ya. Ameen. 

Ok too much talk, let's continue to our main purpose.  


Aku di sini nak menceritakan serba sedikit tentang Diploma Sains Kesetiausahaan (ataupun lebih dikenali DSK) yang aku ambil di Politeknik Sultan Idris Shah ataupun lebih dikenali sebagai PSIS. Ain't that cute? 

Disebabkan bila aku search Google berkenaan course ni tak banyak sangat pun blog yang membantu and mostly subjek diorang pakai code lama (di politeknik ada code untuk setiap subjek yang anda ambil) and kebanyakannya diorang punya syllabus pun sangatlah berlainan. And ada jugak yang memberi list setiap subjek untuk setiap sem tapi tidak menerangkan apa yang sebenarnya kita belajar dalam subjek tu so aku confuse dan kurang faham apa yang kita akan belajar sebenarnya nanti? Disebabkan aku taknak korang semua rasa frust macam aku dulu-dulu, so aku tergerak untuk tulis entry ni untuk membantu anda-anda yang mungkin akan ambil course ini in the future and supaya korang lebih bersedia dan yakin untuk ambik course ni.

And jangan underestimate course ni hanya untuk perempuan je ya. Lelaki pun ada ambil and sometimes lagi hebat and pandai dari yang kaum hawa ni. Whatever it is, kalau kau tak belajar, takkan lah tiba-tiba pointer kau dapat 4 flat kan?

Ok. Now aku akan try untuk terangkan setiap satu subjek yang bakal korang ambik untuk course ini. Tapi, memandangkan aku baru je habis sem 2, so setakat dua sem jelah aku boleh terangkan. Nanti aku dah ambik sem 3, insyaAllah bakal disambung. 

SEM 1 

Sem 1 ada empat subjek Final pada waktu aku iaitu Shorthand 1, Office Administration 1, Pengajian Malaysia dan Communication English 1 (Paper Final sering berubah-ubah. Maksudnya, kadang-kadang pada waktu aku, aku ada paper Final Communication English tapi pada waktu kau tiba-tiba tak ada. That's normal)

1- DPK1013 - Shorthand 1

Shorthand ini adalah subjek yang memang baru yang memang aku rasa tak ada pun diajar di mana-mana sekolah menengah. So korang ada kelebihan kat situ sebab semua orang memang tak pernah belajar dan memang tak ada persaingan. So tak perlu untuk rasa down kalau korang tak faham pada minggu yang pertama. 


Shorthand ni adalah tulisan ringkasan yang diperlukan untuk setiausaha ataupun wartawan untuk mencatit sesuatu dengan cepat tanpa menggunakan huruf rumi. Hanya dengan menggunakan gurisan. Seperti gambar di bawah ini. 


Aku bukan untuk menakutkan atau mematahkan semangat korang tapi Shorthand adalah satu subjek yang paling susah dan lebih dikenali sebagai Killer Subject. Dia bukan subject yang esok nak exam, harini baru kau nak bukak buku. So, bagi korang punya usaha dan rajin tu lebih sikit untuk Shorthand. 

2- DPK1023 - Office Administration 1

Office Administration ialah subjek yang sangat sangat sangat penuh dengan teori. Korang akan belajar tentang hal-hal office. Macamana nak lipat surat, buat sistem 5S, belajar tentang kegunaan mesin mesin yang berada di office dan macam-macam lagi. Ia adalah subjek yang memerlukan daya menghafal kau yang powerful tu. Buku dia penuh dengan words! Untuk orang yang macam aku yang agak pening dengan buku yang macam novel, aku cadangkan korang buat pocket notes!! Sangat disarankan dan terbukti berkesan. Tengok lah gambar dibawah kalau tak tau macamana nak buat. 


KEY FOR POCKET NOTES!

- Hanya ambik MAIN point sahaja! Rasa benda tu tak penting, jangan tulis!!

- Satu kertas kajang hanya untuk satu bab. Kalau tak cukup, kau buatlah dua tapi jangan sesekali campurkan bab walaupun banyak ruang kosong. Sebab nanti kau akan pening dan sakit otak bila tibanya waktu kau kena menghafal balik notes notes tu. 

- Buatlah colourful sikit and jangan lah hanya guna pen hitam je. Be creative sebab nanti kau jugak yang nak hafal. Siapa nak tengok notes yang buruk kan?

- Last sekali, rajin! Kau kena rajin untuk buat pocket notes sebab kalau kau start pertengahan sem, katakan sayonara kepada impian pocket notes kau sebab ia akan terbengkalai begitu sahaja. Trust me. At least dalam masa seminggu kau ada lah buat untuk satu bab. 

3- DUB1012 - Pengajian Malaysia

Pengajian Malaysia more resemble to subject Sejarah. Cumanya...takde cumanya. Sama je aku rasa. Kau akan belajar balik about Parameswara menawan Melaka. Untuk aku, tak perlu buat pocket notes sebab masa final, hanya lah 40 soalan objektif. Tapi yeah, kalau kau malas membaca, tetap tak dapat jawab jugak. Fair and square. 

4- DUE1012 - Communicative English 1

Communicative English sama macam subjek English kau di sekolah menengah. Cuma dia lebih mendalam. Sikit je dalam dia. And belajar dia more kepada fun dan tak stress sangat. Unless kau memang super benci English. 

Presentation pun tak berapa banyak but presentation kena fully English. Tak kisah lah kau broken English ke apa, janji cakap English. So, tengok cerita cartoon banyak banyak and try to talk like them because cartoon adalah salah satu cara yang paling cepat kau boleh belajar English. Try Spongebob Squarepants! But in English! InsyaAllah you will improve. 

5- DPK1033 - Keyboarding Skills

Keyboarding Skills ialah subjek yang memerlukan korang menggunakan 10 jari korang untuk menaip papan kekunci dan tidak dibenarkan untuk melihat keyboard, hanya boleh lihat skrin sahaja! Selalu korang guna dua jari je kan untuk menaip but untuk subjek ni kena tambah lagi lapan and mata kena tegak pandang skrin. Can you imagine? 


Ya, subjek ni adalah antara subjek yang paling aku geruni masa first time aku search tentang course DSK ni sebab yelah, boleh culture shock and hilang semangat kut kalau tiba-tiba disuruh menaip pakai 10 jari padahal sebelum ni menaip patuk-patuk ayam je. Dahlah tak boleh tengok skrin. Memang package betul. Umpama, sebelum ni kau makan pakai tangan and tiba tiba kena tukar guna chopstick buat selama-lamanya? It is frustrating. 


Apa yang aku buat masa first time aku dengar pasal subjek ni, terus aku mencari apa-apa latihan intensif di Google untuk bagi tunjuk ajar orang yang langsung-langsung taktau pasal subjek ni. 

So, I find this website!

typingclub.com 

Dia akan ajar korang dari basic and dia akan ajar ikut step. 

Key dia untuk subjek ni, RAJIN BERLATIH. 

Tak silap aku, aku belajar sendiri selama sebulan lebih sebelum masuk poli and dalam masa sebulan tu, aku dah boleh taip lah jugak dengan menggunakan 10 jari walaupun agak lambat sikit. 

But believe me, once korang dah boleh guna kan 10 jari, korang akan lebih syok dan teruja untuk menaip and korang akan makin nak menaip laju dan laju hari demi hari. Dia macam main game. Bila kau dah lepas level 1 kau akan excited nak masuk level 2 kan? Same like Keyboarding Skills. 

Oh btw, kat internet memang ada game keyboarding ni. Siapa paling laju, dia menang. Try cari kat Google. 

6- DPK1043 - Office Suite Software

Office Suite Software atau lebih dikenali sebagai OSS adalah subjek yang paling rileks untuk orang yang dah ada basic dalam Microsoft. Tak kisahlah Microsoft PowerPoint, Word atau lain-lain lagi. So, rajin-rajinkan lah diri anda untuk membelek-belek Microsoft terutamanya Microsoft PowerPoint dan Word sebab itu adalah Microsoft yang paling banyak digunakan. Tapi jangan risau, lecturer akan ajar satu-satu macamana nak hantar email guna Word, macamana nak letak lagu dalam PowerPoint and macam-macam lagi. 

7- DUW1013 - Occupational Safety and Health 

Atau lebih dikenali sebagai OSHA (nama subjek kat poli semua kiut kiut) Subjek ni belajar tentang hak kita sebagai pekerja. Kinda boring for me sebab ada banyak law. Tapi tak adalah banyak sangat. Tapi boleh tahan. OSHA juga salah satu subjek menghafal dan sangat banyak presentations. Tapi alhamdulillah kitorang dapat lecturer yang sporting habis so agak senang untuk berurusan dengan dia. Presentations pun boleh taram cakap Melayu. But kalau kau selesa cakap English, pun boleh. Sometimes dia bagi markah lebih untuk yang present in English walaupun broken English. Cool kan? Sayang, lecturer tu dah pindah poli Johor. 

Okay, let's move to Sem 2!

SEM 2

Untuk sem 2, akan ada tiga subjek untuk paper Final iaitu, Trengkas 1, Personality Development dan Pengurusan Dalam Islam. 

Kalau korang perasan, ada dalam list subjek yang aku kasi dekat atas tadi, ada subjek yang ada nombor. Contoh, Shorthand 1. Subjek-subjek begini adalah subjek yang korang wajib lulus untuk korang meneruskan Shorthand 2 untuk sem 2. Kalau korang tak lulus, korang akan repeat kembali Shorthand 1 dan tidak dibenarkan mengambil Shorthand 2. Tapi ada juga subjek yang tak ada nombor tapi kena wajib lulus juga. Contoh, korang kena lulus Keyboarding Skills untuk ambik subjek Document Processing di sem 2. 

Kalau korang tak lulus, korang wajib ulang kembali subjek tersebut dan korang akan extend satu sem. Tapi kalau nasib korang baik, akan ada Short Course. Short Course adalah satu sem yang dilakukan ketika students lain cuti sem, tapi students yang repeat boleh ambik subjek yang diorang tertinggal supaya takpayahlah korang extend sem. Dua bulan je tak silap aku. Tapi bukan semua subjek dapat Short Course ni. Subjek-subjek tertentu je.  Banding korang kena extend sem yang makan masa 4 bulan ke atas. Sayang kan? But the choices in your hand. 

Okay let's start with our sem two subjects!

1- DPB2012 - Entrepreneurship

Entrepreneurship atau lebih dikenali sebagai Perdagangan yang belajar tentang selok-belok business dari kau nak bukak sesuatu business sampailah kau nak tutup business. Subjek ni banyak presentations dan memerlukan diri kau tu untuk menyertai event berniaga yang diadakan di poli. 

Yang penting, memang kau akan berniaga lah sebab itu adalah diwajibkan untuk semua student yang ambik subjek ni dan tak silap aku, subjek ni memang semua orang ambik. Cuma sem berapa kau kena itu tak pasti. Tapi masa aku kena time sem 2. No excuse. 

2- DPK2013 - Shorthand 2

Korang tau subjek Shorthand 1 kan? Sama je sebenarnya bezanya korang kena buat beratus daily article!! Dan setiap kali kelas korang kena buat Dictation (lecturer akan baca teks dan korang kena guris tanpa tengok buku, subjek ini lebih mengukur kelajuan dan ketepatan korang mengguris) Hahahahahahahahahahaha serius weh seksaaaa!!! Benda paling torture adalah Daily Article. 

Daily Article tu ialah korang kena cari apa-apa petikan dalam English in 200-250 words (ikut lecturer korang, sebab time kitorang, ada kelas lain yang kena buat 50 words je) dan tukarkan words tu jadi Shorthand. Dalam masa seminggu, kena ada 5 artikel. Maksudnya, satu hari korang kena buat satu. Keypoint dia, RAJIN. Kau pemalas, memang tak jalan lah daily article kau. Jangan ikut kawan-kawan kau yang pemalas tu. Sebab tak silap aku, hampir separuh classmates aku tak siap pun Daily Article ni tapi aku pun taktau apa yang bakal jadi sebab result final sem dua belum keluar lagi. Harap-harapnya aku dan kawan-kawan aku luluslah. Ameen. Aku pun hampir-hampir tewas dalam menyiapkan Daily Article ni. Cewah. 

And untuk pengetahuan, lecturer akan ambik markah and sangat membantu untuk paper final korang. Btw, tak merugikan apa-apa pun kalau korang buat Daily Article tu banyak-banyak sebab dia akan tolong korang untuk lebih faham dan sayang kat Shorthand. Percayalah. Aku dah mula suka Shorthand sekarang. Bak kata pepatah, jangan benci nanti lama-lama suka. Hiks. Macam tak kena sangat. Wtv. Oh ya, korang perlu lulus ya Shorthand 1 untuk ambik subjek ni. 

3- DPK2023 - Personality Development

Personality Development adalah subjek yang akan mengajar korang untuk jaga manners dan appearance korang sebagai setiausaha. Korang akan belajar cara nak duduk, berjalan, keluar kereta, masuk kereta, naik tangga , turun tangga, nak kena pakai baju apa untuk event dinner, baju apa pulak untuk event tengahari, macam mana nak makan pakai pisau dan garfu dan macam-macam lagilah. 

Subjek ni banyak jugak presentation but at the same time, dia subjek yang fun tapi subjek ni lebih kurang macam subjek Office Administration masa sem 1 sebab dia banyak teori tapi subjek ni korang akan lebih mudah faham sebab dia belajar tentang apa yang korang buat hari hari. 

Yang paling mencabar untuk subjek ni ialah korang kena uruskan satu event Dinner untuk kelas korang. Bunyi macam tak susah kan? Well just wait and see. 

4- DPK2033 - Document Processing

Untuk subjek ini, korang kena lulus subjek Keyboarding Skills baru boleh continue dengan subjek ni. Subjek ni banyak belajar macam mana nak buat documents macam resume, memo, business reports dan macam-macam lagi.

Pada waktu yang sama, korang akan ada banyak test untuk kelajuan korang menaip. Pada waktu aku, target dia adalah 36 words per minute (w.p.m.) dan 96% accuracy. Kalau korang melebihi target ni dan korang berjaya taip full article dalam waktu yang ditetapkan, korang automatic dapat 100% markah untuk test ni. Cool kan. So lembut-lembutkanlah tangan tu untuk berlatih. Setiap kali nak tunggu lecturer cakap "Start!" jari jari aku semua dah sejuk. Fuhh seriau. 

5- DPK2043 - Trengkas 1

Trengkas adalah subjek yang sama dengan Shorthand cuma bezanya, dia versi Melayu punya. Kalau korang dapat menguasai subjek Shorthand, InsyaAllah korang akan pandang Trengkas ni dengan penuh bunga-bunga dan cinta. 

Kalau diikutkan, Trengkas lebih mudah difahami untuk aku tetapi sangat susah kalau ambik speed. Bagi aku, lagi senang ambik speed Shorthand. Maybe sebab word dalam English kan pendek pendek. Kut. Entah. Tapi...itu lah pendapat aku. 

6- DUA2022 - Pengurusan Dalam Islam

Atau lebih dikenali sebagai PDI. PDI belajar tentang macamana nak uruskan sesuatu urusan di dalam business tapi mengikut ajaran Islam. Subjek ni banyak presentations dan tak heavy sangat bagi aku. Tapi dah sampai final, kenalah rajin baca dan fahamkan dan takpayah nak hafal semua sebab masa aku final, hanya 40 soalan objektif tak silap aku. Tapi yang penting semua objektif. 

7- DRX2001 - Kokurikulum

Kokurikulum ni subjek sukan yang kau pilih sendiri nak sukan apa. Aku pilih sukan Ping Pong dan sampai sekarang taktau kenapa aku pilih Ping Pong. Tapi bersyukur jugak sebab main dalam dewan suka so tak ada lah kau berjemur tengah panas pukul 2:15-4:15 tu woihhh dahlah memang sunburn habis bertambah lagi. Dan lecturer Ping Pong pun tak garang dan tak banyak cerita (lecturer course elektrik kan) janji kau datang time kelas dan tak banyak ponteng lah dan yang paling penting, datang untuk final test. 

Kalau untuk final test Ping Pong, kitorang kena tunjuk cara-cara untuk serve bola Ping Pong dalam empat cara. Walaupun hari test tu baru nak belajar keempat empat cara, alhamdulillah aku lepas. Terima kasih kepada Pengerusi kelab Ping Pong dan ahli ahli kelab lelaki yang dah terror main Ping Pong yang bertungkus-lumus ajar gegirls untuk serve. Ramai kut perempuan. Memang salute ah diorang. Dan tak kedekut ilmu pulak tu dan tak ada pulak aku tengok dia macam malas dan give up nak ajar kitorang. Ke lelaki memang macamtu? K. 

Berakhir sudah entri aku. So aku harap sekarang ni korang dah clear lah sikit pasal course DSK ni. Kalau tak clear, bolehlah ajukan soalan di bawah. InsyaAllah aku boleh try untuk jawab. 

Walaupun orang ramai cakap course DSK ni senang dan ramai gedik gedik (point dia sebab ramai perempuan je. Lol) abaikan jelah dan pastikan korang dapat achieve target korang. Takpayah lah fikir banyak-banyak sangat pasal apa orang cakap dan disebabkan course ni ramai perempuan, so ramai lah yang akan mengusha-usha awak tu (kecuali aku lah sebab tak berapa nak full package sangat haha) tapi pandai-pandailan bahagikan masa untuk belajar. 

Oh ya, kalau kau lelaki, jangan lah down sangat kalau dapat course ni. Kalau diikutkan, lelaki lagi besar peluang nya dalam bidang ni sebab tak ramai sangat yang ambik. So, lebih mudah untuk kau dapat kerja. 

Yang paling penting, jangan mudah terpengaruh dengan kawan yang bersikap tak bagus tu. Kau nampak dia dating sampai tengah malam, kau pun nak jugak. Kau nampak dia gayut dengan boyfriend dia kat phone, kau pun nak jugak boyfriend. Apa-apa pun, yang paling penting, WAKTU BELAJAR TU MESTI ADA. Jangan lupa solat dan baca Al-Quran banyak banyak. Ok? 

Sekian terima kasih. Kalau ada salah dalam entry ni, harap dimaafkan. Aku pun manusia biasa. 

Adios, assalammualaikum. 

May Allah bless.