Thursday 14 May 2015

Tips as a student

Assalamualaikum. 

Haritu ada orang suruh aku share pasal tips belajar. Kahkah kelakar ok nak suruh ai yang tak berapa nak pandai ni share tips belajar ermmm malu ai. 



Aku segan sebenarnya nak taip benda ni. Yelah. Aku tak lah segenius mana pastu suruh aku bagi tips adeh. Umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Ewah. Peribahasa kau. 

So aku membuat keputusan untuk publish benda ni if my result is quite okay in this 12 May!!! 

So kalau korang baca benda ni then my result quite okay lah. QUITE OKAY JE YA. Hehe. 

Okay so let's start!

Oh btw aku tukar ni tips as a student sebab bukan setakat belajar je yang kau nak ambik kira nanti bila kau dah masuk ipta/ipts. 

TIPS AS A STUDENT DARI SARAH 

1- Choose your friends wisely

Haa kau nampak tak aku letak ni yang paling pertama? Sebab yang ini lah yang paling penting dalam banyak-banyak tips ni. Sekali salah pilih, merana lah hidup kau sepanjang 3 tahun nak habiskan belajar. 



Salah pilih kawan adalah masalah yang paling besar dalam menjadi seorang student ipta/ipts and whatsoever. Sebab memang susah. Dalam umur 18 tahun ke atas ni, perangai bengong dewasa tu dah ada di kalangan korang ni. Termasuk aku lah. 

Kalau waktu sekolah menengah, kebanyakan korang mesti akan buat kawan time form 1 kan. Waktu tu paling jahat pernah buat pun ponteng sekolah acah sakit satu hari. Tu jelah. 



Kalau dah atas umur 18 ni selalunya memang kalau dah jahat tu memang payah lah nak diubah. Boleh berubah tapi susah sikit. 

Yang bab kawan ni aku susah sikit nak terang sebab memang at first impression kau takkan boleh tau nya perangai orang tu macam mana. 



Nasihat aku, jangan pernah percaya orang. 

Berkawan lah seramai yang kau nak tapi jangan pernah percaya orang 100%. Kau mesti kena ada 10% yang kau simpan untuk diri kau sendiri. 

Tu je yang aku boleh cakap bab berkawan ni. 

2- Rajin buat notes

Ni salah satu cara yang typical untuk semua orang. Cuma yang tak typical nya, bila kau harus menghafal dan membaca balik notes yang kau buat tu. Selalu orang dah buat cantik dah pastu dia selit celah bantal selit celah ketiak akhirnya hilang tanpa khabar berita. Takmo eh macamni. 



Tapi pastikan kau buat notes untuk subjek yang perlu jelah. Jangan lah semua subjek kau nak buat notes. Ya payah. 

3- Justify your lecturers

As a student, kau kena selidik setiap seorang lecturer kau ni macam mana. Kalau ada lecturer yang jenis assignment kena hantar on time, jangan lah kau buat gurau dengan hantar lambat pulak. Nanti carry mark kau pulak yang terhempas bagai kaca jatuh ke lantai. Dan kalau ada lecturer yang jenis sporting, janganlah kau over pulak sampai tak hantar langsung. 



And kadang-kadang aku tak faham jugak. Ada jugak students yang jenis suka sangat melawan balik cakap lecturer. Kau ingat lecturer tu kawan kau? Kena bagi pang sekali kau ni. 

And jangan pernah campur kalau ada classmates kau yang hamburkan perasaan tak puas hati dia about your lecturer di dalam group kelas Whatsapp. When it comes to Whatsapp group class, be a silent reader is a good choice. Trust me. 

4- Don't take things lightly



Akan sampai satu hari nanti kau kena buat assignments and kebetulan pulak lecturer tu jenis yang riang ria kuih raya. Kau nak buat dah last minute and waktu kritikal macamtu mesti kau akan terus terfikir "Takpayah lah buat. Sir sporting apa" and end up, kau tak buat pun benda tu. 



Percayalah kataku. Kau hendaklah menyiapkan kerja tu walau apa pun yang terjadi. Dengan cara apa sekalipun, kau mesti kena siap jugak assignment tu sebab sometimes carry mark kau bergantung pada assignment kau tu. Nak carry mark kau jatuh? Well good luck for your final. 

5- Abaikan suara sumbang

Selalunya bila dah nak tibanya waktu test and kuiz, biasanya akan ada makhluk tuhan yang akan bertanya di Whatsapp "Weh korang baca apa je untuk kuiz?" "Weh aku taktau nak baca apa" "Weh takpayahlah baca. Biar kita ramai-ramai taktahu nak jawab apa hahaha" ya memang ada. 



Your action is, jangan campur. As I said, when it comes to Whatsapp group class, be a silent reader is a good choice. 

Just keep reading your book and just continue your revision. 



Ada usaha ada jalan. Kalau takde usaha, kau ingat jalan nak terbentang luas depan kau? Unless kau meniru lah. 



6- Don't be a servant for your club or organization. 

Selalunya orang yang gila organisasi atau kelab ni sebenarnya result mesti power. Tapi entahlah. Masalah club ni ialah dia terlampau active. Hahaha itu pun masalah ke? Lol. And ada certain club, too many politics yang bercampur. And yes, as for me, certain of them are judgemental. Certain. 

Tapi kalau kau jenis yang memang jenis kaki masuk club club pendidikan ni, apa salahnya. But memang akan banyak masa kau pergi habiskan menguruskan kelab lah. So kalau dah masuk club, pandai-pandailah bahagikan masa.

Kelab ni sepatutnya bagus tau. Tujuan, boleh merapatkan silaturrahim and so on. Sometimes when it is too much, it could be as worse as it can be. Aku mengaku aku pun pernah masuk club club ni. It is fun untuk permulaan. Pastu macam...too much to handle. Tiap-tiap minggu ada perjumpaan. And kinda menyusahkan. 

Ada sorang coursemate aku meeting sampai 1-2 pagi dan aku tak berapa nak faham apa yang diorang bincang lama sangat. Aku rasa wakil rakyat pun dah tidur time tu. 

7- Good in handling your financial

When you be a student, money are one of your priorities. Taktau kenapa. Aku dulu takde fikir banyak sangat pasal duit ni. Tapi bila dah masuk belajar, duit keluar macam air. 

As for the time being, aku tak ambik Ptptn. So you can imagine how I try to budget eveything that I spent in my daily life as a student. Budget setiap hari makan hanya berapa ringgit. Kalau nak keluar ke pekan boleh belanja berapa ringgit je.



Otak memang selalu akan fikir pasal duit. Seriously memang sucks. Tapi that is how you will appreciate duit yang mak ayah kau kasi and bukan digunakan untuk berjoli sakan selalu (dua bulan sekali bolehlah haha k) 

Selalu students yang dapat Ptptn mostly akan spent their money untuk beli phone baru, shopping, travel and yeah, dating. 

So make your budget supaya duit yang ada kat tangan kau tu tak membazir. Dan yang pentingnya financial management ni supaya tak mengganggu pembelajaran kau. 

Masa aku susah sebab duit tinggal ciput, memang stress gila sebab duit takde. Makanan dalam bilik pun takde. Pastu kebetulan memang minggu tu penuh dengan exam, test and kuiz. Memang macam tahi. Tapi nasib baik lah ada kawan-kawan yang baik hulur duit kasi pinjam, bagi Maggie, belanja makan hehe sayang tau diorang. 

8- Practice your skills 

Sesetengah subjek kadang-kadang memerlukan skill. Macam aku, aku ada subjek Keyboarding Skills and Shorthand yang memerlukan aku untuk buat banyak gila latihan. Banyak gila. 



So, untuk subjek-subjek macamni, ambik waktu kau dalam sehari tu untuk berlatih subjek istimewa ni so that you can catch up with the syllabus yang lecturer kejar. Maka nanti carry mark kau akan menuju puncak gemilang cahaya mengukir cita seindah rasa~ Ewah. 

So itu je pasal tips tips belajar dari aku. Dah macam tips kehidupan dah aku rasa. Lol. 



Apa-apa pun, ini hanya pendapat aku. Kalau kau rasa macam benda ni mengarut, takpayah lah ikut dan ikutlah tips orang lain pula. 

May Allah bless. 

Adios, assalammualaikum.